HTML/Protected

Right Click Disable

Mana, Bagaimana, Kenapa, Apa dan Siapa???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ

Mana, Bagaimana, Kenapa, Apa dan Siapa???

Dalam suatu perjalanan
Aku mencari erti sebuah kehidupan
Ku melihat keindahan alam
Anugerah Allah kepada setiap insan
Tapi sayang
Pencemaran telah banyak dilakukan

Mengajar untuk mendapat nama
Beramal untuk mengejar “glamor”
Menyembah Allah untuk tontonan
Supaya dipuji oleh handai taulan
Ya Allah…
Inikah hambaMU?
Umat diakhir zaman
Yang penuh dengan kekufuran
Dan kesesatan

Maksiat berlaku dengan meluasnya
Penzinaan bukan lagi perkara haram
Anak-anak zina bertebaran
Dibuang dimerata sudut, ceruk bumi
Hilang rasa malu pada Allah
Hidayah akal yang Allah beri
Membezakan manusia dengan haiwan
Sudah tidak diguna pakai lagi

Dimana akhiran kita?
Bagaimana berakhirnya kita?
Kenapa begitu jadinya kita?
Apa yang kita dapat?
Siapa kita dibumi ini?

Pernahkah kita terpikir
Mana kubur kita selepas rumah yang kita nginapi sekarang
Bagaimana keadaan kita selepas kehidupan kita didunia ini
Kenapa kita berakhir begitu setelah melalui kehidupan
Apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan
Siapa kita dimata Allah setelah ditimbang segala amalan

Mari kita renung bersama
Mana, Bagaimana, Kenapa, Apa dan Siapa
5 kata yang harus kita tanya pada diri kita.




001. Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]



Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]
سُورَةُ الفَاتِحَةِ
Pembukaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيمِ ﴿١﴾
Bismillāhir raḥmānir raḥīm(i).
1.      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَۙ ﴿٢﴾
Alḥamdu lillāhi rabbil `ālamīn(a).
2.      Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara semesta alam.
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِۙ ﴿٣﴾
Arraḥmānir raḥīm(i).
3.      Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِۗ ﴿٤﴾ 

Māliki yaumid dīn(i).
4.      Yang menguasai hari pembalasan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُۗ ﴿٥﴾
Iyyāka na`budu wa iyyāka nasta`īn(u).
5.      Hanya kepada Engkaulah kami mengabdi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
اِهْدِنَاالصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمِۙ ﴿٦﴾
Ihdinaṣ-ṣirāṭal mustaqīm(a).
6.      Tunjukki kami jalan yang lurus (benar).
صِرَاطَ الَّذِينَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْۙ غَيرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّينَ  ﴿٧
Ṣirāṭal lażīna an`amta `alaihim, gairil magḍūbi `alaihim walaḍ-ḍāllīn(a).
7.    (Yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai atas mereka dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat.



Untuk Translasi Dalam Bahasa Inggeris, Klik Sini: Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]

Keretapi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ



Keretapi.... 
Tatkala keretapi bergerak diatas landasan 
Hanya ada dua perkara yang akan kelihatan 
Gerabak keretapi yang kosong, atau yang berisi muatan 
Manusia, haiwan atau juga barang dagangan 
Bergeraklah keretapi mengikut laluan landasan 
Ke Timur, ke Barat, ke Utara atau ke Selatan 
Perjalanan diatur mengikut hala tuju yang ditetapkan 
Pantauan dibuatan agar tiada pertembungan 
Semuanya mengikut sebagai yang telah direncanakan 

Keretapi... 
Berhenti disetiap perhentian 
Memunggah, dipunggah...manusia turun dan naik 
Diisi atau dikosongkan, mengisi atau mengosongkan 
Perjalanan diteruskan 
Melalui proses yang sama disetiap perhentian 
Tanpa mengira atau mengambil pengetahuan 
Kesan pada setiap pemunggahan dan pengambilan 
Kerana dia keretapi hanyalah alat pengangkutan 

Landasan rosak....keretapi tersasar 
Keretapi rosak.... semua terkandas 
Landasan yang rosak membawa kemusnahan 
Keretapi yang rosak membawa padah 
Landasan rosak.... keretapi yang parah 
Keretapi parah....muatan menemui ajal 


Apa kena mengena keretapi, gerabak, landasan dan perhentian itu? 

Keretapi itu adalah umpama diri kita 
Gerabak itu adalah umpama amalan kita 
Landasan itu pula adalah umpama perjalanan urusan kita 
Manakala Perhentian pula adalah umpama nasib kita 

Bagaimana????

Setiap hari kita bergerak, melakukan apa sahaja diatas bumi ciptaan Allah ini. Apakah yang kita lakukan itu membawa faedah, manfaat atau mudarat? Keuntungan atau kerugian? Redha dan kecintaan Allah atau murka dan laknat Allah? Apakah Allah menerima setiap pekerjaan serta amalan kita? 

Dalam kehidupan kita ini, arah tuju yang mana menjadi pilihan kita? Laluan mana yang kita ambil? Landasan mana pula yang kita turuti? Tali yang teguh Allah kah? Atau dahan rapuh milik Syaitan? Seperti keretapi yang punya perhentian....apakah yang telah kita ambil dari setiap perhentian itu dan apa pula yang telah kita lontarkan ? 

Sedarkah kita... bahawa disepanjang perjalanan kehidupan kita, kita telah menerima atau menyampaikan perkara yang baik dan buruk; manfaat dan mudarat; untung dan rugi. Soalannya...berapa banyak kebaikkan dari keburukkan, kemanfaatan dari kemudaratan dan keuntungan dari kerugian yang kita ambil mahupun hapuskan. Kita tidak sedar, kita tidak tahu, atau mungkin kita tidak mahu sedar dan tidak mahu ambil tahu. 

Ingatlah, pabila Allah SWT menarik satu urat dari dalam diri kita ini, lantas kita jatuh sakit. Maka terkandaslah semua urusan duniawi yang sedang kita usahakan. Malah terkandas jugalah ikhtiar mengapai akhirat kita. Itulah kita umpama keretapi yang rosak. 

Begitu pula jika kita tersimpang jauh dari ajaran Allah SWT, maka tersesatlah kita didunia ini dan jauhlah kita dari manfaat diakhirat kelak. Itulah kita umpama landasan yang rosak, yang mengakibatkan keretapi tersasar. 

Bagaimana agaknya jika kita terus-terusan mengejar dunia tanpa mengingat sedikit pun akan bekalan akhirat? Tentulah tatkala ajal menjemput...lantas kita merasakan satu pertembungan antara dunia dan akhirat. Umpama keretapi yang kerosakan brek, hancur berkecailah, ajallah muatan. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi keretapi yang sentiasa diservis dengan sentiasa bermuhasabah diri. Landasan yang sentiasa diperiksa dengan sentiasa menimba dan mencari ilmu yang bermanfaat. Gerabak yang sentiasa dipenuhi dengan Amal Ma’aruf Nahi Mungkar diatas landasan Allah SWT dimana setiap perhentian kita memberi dan mendapat manfaat, keuntungan dan kebaikkan. Dalam masa yang sama menepis dan membuang keburukkan, kemudaratan dan menghindari kerugian. Hanya kerana Allah SWT dan ikhlas keranaNYA. 

Marilah kita renungkan bersama betapa perjalanan kita ini kita laluan didalam keadaan luar sedar dan tidak mahu ambil tahu. Janganlah kita tidur lena didunia dan terbangun diakhirat kerana kita akan tergolong didalam golongan orang-orang yang merugi. Akan tetapi, bangun dan mulalah bergerak menuju dan mencari redha Allah SWT kerana sesungguhnya tidur lena kita kelak adalah dikalangan orang-orang yang menang dan beruntung.





10 Muharram – Hari ‘Asyura



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ


10 Muharram, dinamakan juga dengan Hari ‘Asyura. Pada hari itu banyak terjadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan keadilan dan syiar Islam.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan Rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy, bulan, bintang, matahari dan cakrawala.
Allah menjadikan Lugh Maghfuz, Kalam.
Allah menjadikan alam, langit dan bumi.
Allah menjadikan Malaikat Jibril & para Malaikat
Allah menjadikan Syurga.
Allah menciptakan Nabi Adam.
Allah menjadikan Siti Hawa.
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari kebakaran Raja Namrud.    
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada didalamnya selama 40 hari, 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Fir’aun dan pengikutnya.
Fir’aun dan pengikutnya tenggelam ke dalam Laut Merah.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Amalan-Amalan Sunat Pada Hari ‘Asyura:

Berpuasa – Pahalanya seperti mengerjakan haji, umrah dan mati syahid.
Mandi dan membersihkan diri -  Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga – Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh
keamanan dan kesihatan.
Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka -  Diangkat oleh Allah darjatnya ke syurga.
Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari ‘Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik pada semua anak yatim.
Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya – Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sakit.
Bersedekah – Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali – Doanya dimakbulkan Allah.
Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak akan terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara-perkara maksiat.
Sunat menginai dan mengerat kuku.
Menjamu dan memberi minum kepada orang – Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan terasa haus/dahaga buat
selama-lamanya.
Solat Sunat 4 raka’at dengan 1 salam pada waktu Asar -  Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
Memperkukuhkan silaturrahim – InsyaAllah dipanjangkan usianya.
Memperbanyakkan zikir dan selawat. –
حَسْبُنَ اللهُ وَنِعْمَ الْوكِيْلُ
“Cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik penolong” – Ali Imran [3]:173


Keutamaan Muharram:

“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau, Nabi SAW bertanya, “Hari apa ini?” Orang-orang Yahudi memjawap, “ Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari ini.” Nabi SAW bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). “ Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya.” – Hadith Riwayat Al-Bukhari

Muharram juga memiliki banyak keutamaan. Salah satunya adalah sebagaimana sabda Rasullullah SAW: “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram, sedang solat yang paling afdhal sesudah solat fardhu adalah solat malam.” – Hadith Riwayat Muslim

Puasa pada bulan Muharram yang sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, yaitu yang lebih dikenal dengan istilah ‘asyura.
Saidatina Aisyah RA, pernah ditanya tentang puasa ‘asyura, beliau menjawap; “Aku tidak pernah melihat Rasullullah SAW puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadhilat pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharram.” – Hadith Riwayat Muslim

Kebiasaan berpuasa di hari ‘Asyura ini sepertinya sudah dilakukan Nabi SAW sejak awal kenabian. Hal ini tersirat dalam hadith berikut:
Dari Aisyah RA, ia mengisahkan; “Dahulu Rasullullah SAW memerintahkan untuk berpuasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka.” – Hadith Riwayat Al-Bukhari

Jadi setelah diwajibkannya berpuasa dalam bulan Ramadhan, puasa Muharran di hari ‘Asyura menjadi sunnah hukumnya. Sebelumnya Rasullullah SAW sangat menekankan agar kaum muslimin berpuasa di hari ke sepuluh bulan Muharram itu.
Keutamaan puasa ini juga sangat besar sehingga Nabi SAW menekan dalam hadithnya: “Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) dibulan Allah (bulan) Muharram.” – Hadith Riwayat Muslim

Dan tentang puasa ‘Asyura, pahalanya adalah pengampunan atas dosa setahun sebelumnya:
Dari Abu Qatadah RA: “Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah supaya menggugurkan dosa setahun yang lalu.” – Sunan Abu Daud

Puasa Muharran atau ‘Asyura sebagaimana tersirat kata ‘asyura adalah pada 10 Muharram. Namun ada riwayat yang mengatakan Rasullullah SAW akan berpuasa melaksanakan puasa ini pada tanggal 9 Muharram sebagai cara untuk tidak menyamai dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang pada saat itu merayakan hari ‘asyura. Namun hal ini belum sempat dilakukan Rasullullah SAW kerana baginda telah wafat. “Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram).” – Hadith Riwayat Muslim

Dan dari Ibnu Abbas juga, Rasullullah SAW bersabda:
Puasalah kalian pada tanggal sembilan dan sepuluh, bezakanlah dari orang-orang Yahudi.” – Hadith Riwayat Muslim.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa pelaksanaan puasa yang paling selamat adalah tanggal 9 dan 10 Muharram. Tanggal 10 Muharram sebagai kebiasaan Nabi SAW sebelumnya dan di tambah dengan puasa tanggal 9 (puasa Tasyu’a) sebagai pembeza dengan kebiasaan orang-orang Yahudi dan Nasrani.


Kelebihan puasa ‘Asyura:

Dalam hadith, Rasullullah ada menyatakan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA katanya; “Rasullullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Dzulhijjah). Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.” Kemudian Baginda ditanya pula tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram). Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu.” – Hadith Riwayat Muslim

Kata pengarang: Apapun...amalan yang sedikit tapi berkekalan itulah yang lebih elok dan digalakkan dalam islam. Tunaikanlah yang fardhu dan wajib, disamping yang sunah itu sebagai penambahan. Jangan dikejar hanya pada amalan mengikut musiman tapi peliharalah amalan harian kita, kerana yang lebih mulia adalah amalan wajib yang tidak pernah ditinggalkan. Malah sentiasa diperbaiki dan diperhalusi... Wallahu’alam...








Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ

Doa Akhir Tahun dibawah ini dibacakan pada setelah solat asar dan sebelum masuk waktu maghrib.

Doa Akhir Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ
اَلْحَمْدُ اِللهِ رَبِّ الْعَالَمِبْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَلَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْ بَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتَنَا عَلَى مِعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلَكَ الَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْاِكْرَامِ أَنْ تَتَقَّبَّلَهُ مِنَّا وَلاَتَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَاكَرِيْمٌ. رَبَّنَا اٰتِنَا فِى الدَّنَيَا حَسَنَةً وَفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَالنَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara semesta alam, selawat dan salam keatas penghulu sekelian Rasul dan keatas keluarganya dan sahabatnya sekelian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut keatas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat keatas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya ada Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami mohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang Mulia.
Wahai Tuhan Kami, Kurniakanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagian diakhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas junjungan besar Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.


Doa Awal Tahun bawah ini dibacakan selepas solat maghrib.

Doa Awal Tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ
اَلْحَمْدُ اِللهِ رَبِّ الْعَالَمِبْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيْدِنَا مُحَمْدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَلَلَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْاَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ. وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ عَلَيْنَا. نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ  الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنَوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هٰذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارِةِ بِالسُّوْءِ وَالْإِشْتِغَالَ بِمَايُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَامُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُيَامُتَعَالُ. رَبَّنَا اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ا لْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.    

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara semesta alam, selawat dan salam keatas semulia-mulia nabi Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad SAW dan keatas keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan diatas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan, dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah, Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan Kami, Kurniakanlah kami kebahagiaan didunia dan kebahagian diakhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas junjungan besar Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.


Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ

1.         Rumah orang yang mensucikan diri dan ingat kepada Allah.

2.         Rumah orang rukuk dan sujud.

3.         Rumah orang yang benar dan memenuhi janji.

4.         Rumah yang makanannya halal.

5.         Rumah orang yang menjaga silaturrahim.

6.         Rumah orang yang berbuat baik kepada orang tua.

7.         Rumah yang berisi isteri solehah.

8.         Rumah orang yang memenuhi hak dan kewajipan.

9.         Rumah orang yang menjaga rahsia.

10.       Rumah orang yang tidak melakukan hal-hal yang diharamkan.

11.        Rumah orang yang menolak bid’ah.

12.       Rumah orang yang tawaduk.

13.       Rumah orang yang selalu memaafkan dan berbuat baik.

14.       Rumah orang yang menolak kehinaan.

15.       Rumah orang yang mencintai dan taat kepada Allah.

16.       Rumah isteri yang solehah.



Pintu Masuk Bagi Syaitan Kedalam Hati Manusia



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ

1.         Kebodohan. Enggan menerima nasihat, dan sentiasa beranggapan bahawa diri betul.

2.         Amarah merupakan bara dari api neraka, dan itu merupakan kesempatan bagi syaitan untuk mengganggu. Akhirnya menjadikan seseorang itu bersifat pemarah, Ghadab.

3.         Cinta keduniaan, sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.

4.         Hubbul Mal, kebendaan. Ia bermula dari berangan-angan, sebab ia merupakan ekspresi kekerasan hati, tiupan terhadap harga diri dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.

5.         Cita-cita, kerana ia melahirkan perasaan tamak dan membangkitan kerakusan.

6.         Bukhul, kikir. Ia merupakan pintu kerosakkan.

7.         Kibr iaitu sombong dimana adanya kesombongan terhadap nikmat Allah.

8.         Tafahur, membangga diri bermula dari suka dipuji, itu merupakan pintu tipu daya.

9.         Riyak, suka mempamerkan kelebihan.

10.       Ujub, merasakan diri sudah sempurna.

11.        Suma, mencari nama atau kemasyhuran. Melakukan pekerjaan hanya ingin mendapat gelaran dan glamor.

12.       Mengeluh dan tidak sabar, yang bererti merupakan kelemahan iman.

13.       Mengikuti hawa nafsu, kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.

14.       Kizib, dusta. Orang yang suka berkata selain dari yang benar, erti kata lain yang suka berbohong.

15.       Khianat, munafik. Orang yang pecah amanah, yang mengingkari janji.

16.       Ghibah, iaitu pengumpat yang suka bercerita dibelakang orang lain, Naminah. Sifat yang boleh melagakan dua pihak.

17.       Suuz Zhan, kerana ia dapat menimbulkan hubungan yang tidak tenang dan segala sesuatunya hanya didasarkan kepada prasangka & bersangka buruk sahaja.

18.       Hasad, iri hati kepada kelebihan dan kesenangan yang diperolehi oleh orang lain.

19.       Meremehkan orang lain, kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian. Itulah Haqad, sifat dengki atau benci.

20.      Menganggap remeh dosa, kerana ia menimbulkan sikap acuh terhadap dosa itu, meremehkan dosa kecil dan akhirnya dapat menyeret kepada dosa besar.

21.       Merasa aman dengan murka Allah.

22.       Putus asa dari rahmat Allah. Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang luas terbentang ini.

Masih banyak lagi perkara yang menjadi jalan masuk syaitan ke dalam hati manusia. Dimana ia juga adalah penyakit bagi hati yang boleh mengundang bencana kepada manusia itu sendiri. Kebanyakkan perkara yang terjadi adalah diluar kesedaran manusia itu sendiri disebabkan kekurangan ilmu, amal lantas menyebabkan kelemahan iman.