HTML/Protected

Right Click Disable

001. Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]



Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]
سُورَةُ الفَاتِحَةِ
Pembukaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيمِ ﴿١﴾
Bismillāhir raḥmānir raḥīm(i).
1.      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَۙ ﴿٢﴾
Alḥamdu lillāhi rabbil `ālamīn(a).
2.      Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara semesta alam.
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِۙ ﴿٣﴾
Arraḥmānir raḥīm(i).
3.      Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِۗ ﴿٤﴾ 

Māliki yaumid dīn(i).
4.      Yang menguasai hari pembalasan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُۗ ﴿٥﴾
Iyyāka na`budu wa iyyāka nasta`īn(u).
5.      Hanya kepada Engkaulah kami mengabdi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
اِهْدِنَاالصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمِۙ ﴿٦﴾
Ihdinaṣ-ṣirāṭal mustaqīm(a).
6.      Tunjukki kami jalan yang lurus (benar).
صِرَاطَ الَّذِينَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْۙ غَيرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّينَ  ﴿٧
Ṣirāṭal lażīna an`amta `alaihim, gairil magḍūbi `alaihim walaḍ-ḍāllīn(a).
7.    (Yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai atas mereka dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat.



Untuk Translasi Dalam Bahasa Inggeris, Klik Sini: Sūratul Fātihah [Al-Fātihah]

Keretapi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ



Keretapi.... 
Tatkala keretapi bergerak diatas landasan 
Hanya ada dua perkara yang akan kelihatan 
Gerabak keretapi yang kosong, atau yang berisi muatan 
Manusia, haiwan atau juga barang dagangan 
Bergeraklah keretapi mengikut laluan landasan 
Ke Timur, ke Barat, ke Utara atau ke Selatan 
Perjalanan diatur mengikut hala tuju yang ditetapkan 
Pantauan dibuatan agar tiada pertembungan 
Semuanya mengikut sebagai yang telah direncanakan 

Keretapi... 
Berhenti disetiap perhentian 
Memunggah, dipunggah...manusia turun dan naik 
Diisi atau dikosongkan, mengisi atau mengosongkan 
Perjalanan diteruskan 
Melalui proses yang sama disetiap perhentian 
Tanpa mengira atau mengambil pengetahuan 
Kesan pada setiap pemunggahan dan pengambilan 
Kerana dia keretapi hanyalah alat pengangkutan 

Landasan rosak....keretapi tersasar 
Keretapi rosak.... semua terkandas 
Landasan yang rosak membawa kemusnahan 
Keretapi yang rosak membawa padah 
Landasan rosak.... keretapi yang parah 
Keretapi parah....muatan menemui ajal 


Apa kena mengena keretapi, gerabak, landasan dan perhentian itu? 

Keretapi itu adalah umpama diri kita 
Gerabak itu adalah umpama amalan kita 
Landasan itu pula adalah umpama perjalanan urusan kita 
Manakala Perhentian pula adalah umpama nasib kita 

Bagaimana????

Setiap hari kita bergerak, melakukan apa sahaja diatas bumi ciptaan Allah ini. Apakah yang kita lakukan itu membawa faedah, manfaat atau mudarat? Keuntungan atau kerugian? Redha dan kecintaan Allah atau murka dan laknat Allah? Apakah Allah menerima setiap pekerjaan serta amalan kita? 

Dalam kehidupan kita ini, arah tuju yang mana menjadi pilihan kita? Laluan mana yang kita ambil? Landasan mana pula yang kita turuti? Tali yang teguh Allah kah? Atau dahan rapuh milik Syaitan? Seperti keretapi yang punya perhentian....apakah yang telah kita ambil dari setiap perhentian itu dan apa pula yang telah kita lontarkan ? 

Sedarkah kita... bahawa disepanjang perjalanan kehidupan kita, kita telah menerima atau menyampaikan perkara yang baik dan buruk; manfaat dan mudarat; untung dan rugi. Soalannya...berapa banyak kebaikkan dari keburukkan, kemanfaatan dari kemudaratan dan keuntungan dari kerugian yang kita ambil mahupun hapuskan. Kita tidak sedar, kita tidak tahu, atau mungkin kita tidak mahu sedar dan tidak mahu ambil tahu. 

Ingatlah, pabila Allah SWT menarik satu urat dari dalam diri kita ini, lantas kita jatuh sakit. Maka terkandaslah semua urusan duniawi yang sedang kita usahakan. Malah terkandas jugalah ikhtiar mengapai akhirat kita. Itulah kita umpama keretapi yang rosak. 

Begitu pula jika kita tersimpang jauh dari ajaran Allah SWT, maka tersesatlah kita didunia ini dan jauhlah kita dari manfaat diakhirat kelak. Itulah kita umpama landasan yang rosak, yang mengakibatkan keretapi tersasar. 

Bagaimana agaknya jika kita terus-terusan mengejar dunia tanpa mengingat sedikit pun akan bekalan akhirat? Tentulah tatkala ajal menjemput...lantas kita merasakan satu pertembungan antara dunia dan akhirat. Umpama keretapi yang kerosakan brek, hancur berkecailah, ajallah muatan. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi keretapi yang sentiasa diservis dengan sentiasa bermuhasabah diri. Landasan yang sentiasa diperiksa dengan sentiasa menimba dan mencari ilmu yang bermanfaat. Gerabak yang sentiasa dipenuhi dengan Amal Ma’aruf Nahi Mungkar diatas landasan Allah SWT dimana setiap perhentian kita memberi dan mendapat manfaat, keuntungan dan kebaikkan. Dalam masa yang sama menepis dan membuang keburukkan, kemudaratan dan menghindari kerugian. Hanya kerana Allah SWT dan ikhlas keranaNYA. 

Marilah kita renungkan bersama betapa perjalanan kita ini kita laluan didalam keadaan luar sedar dan tidak mahu ambil tahu. Janganlah kita tidur lena didunia dan terbangun diakhirat kerana kita akan tergolong didalam golongan orang-orang yang merugi. Akan tetapi, bangun dan mulalah bergerak menuju dan mencari redha Allah SWT kerana sesungguhnya tidur lena kita kelak adalah dikalangan orang-orang yang menang dan beruntung.