HTML/Protected

Right Click Disable

Keras Hati



Semua orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.

Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.

Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.

Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing buat, masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan. Kubur kita juga bersebelahan dengan kubur orang lain, jika kita disiksa didalamnya, menjerit, terpekik terlolong, tidakkah kita akan juga mengganggu jiran sebelah tu yang sedang berehat.

Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.

Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.

Menurut Ibnu Al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
Bila Zina dan Riba telah dilakukan secara terbuka di suatu negeri, mereka telah mengarahkan AZAB ALLAH kepada diri mereka. - HR Thabrani & Hakim





Nikmat Allah –Ujian


Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu hamba-hambaNYA kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri hambaNYA. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya.

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai acara yang mencabar dan penuh ujian Allah, bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada juga yang tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Harus diakui ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat disebabkan cabaran dan dugaan yang datang silih berganti dan setengahnya pula secara bertimpa-timpa. Ujian yang akan dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran hanya kesenangan bagi mereka yang terpedaya kalau kita hanyut dengannya.

Firman Allah:

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)

“Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” – QS Asy-Syams[91]: 8-10

Dalam menghadapi kedua-dua ujian itu, elemen spiritual dalam diri individu hendaklah diperkasakan bagi membantu seseorang menghadapi apa saja dalam kehidupannya, sama ada kesusahan dan kesenangan. Justeru, apa pun bentuk ujian yang melanda, perkara pokoknya adalah kita sentiasa reda dan bersyukur kepada Allah.

Firman Allah:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥)

“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” – Al-Baqarah[2]:155

Semakin tinggi nilai keimanan seseorang itu maka semakin tinggilah tahap ujian dihadapinya. Ini termasuk ujian membabitkan Nabi dan Rasul Allah. Oleh sebab itu kita menyaksikan menjadi sunnah orang beriman untuk diuji dengan ujian yang hebat.

Firman Allah:

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” – Al –Ankabut[29]: 2-3

Tidak dinafikan ujian adalah pengalaman yang amat berharga dan bernilai bagi manusia. Kadangkala kita tidak boleh menerima ujian yang diserahkan kepada kita dengan menganggap bahawa Allah tidak adil, pilih kasih dan sengaja menyusahkan kehidupan kita.

Maknanya secara terbuka kita menyalahkan Allah kerana mendatangkan ujian itu. Keimanan dan ketakwaan kita lebur bila hati kita berdendam dengan prasangka buruk pada Allah berkaitan dengan perkara itu.

Sebenarnya, ujian yang kita tempuhi dapat melatih kita untuk memperoleh sifat terpuji. Sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah di samping mengharapkan pertolonganNya, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam.” – HR  Tabrani

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya.

Rasullullah pernah membayangkan melalui sabda Baginda bahawa:
“Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” – HR Al- Bukhari

Sesungguhnya pilihan itu terletak di tangan kita. Adakah dugaan dan ujian yang tidak berupaya untuk kita menghadapinya. Adakah kita berterusan untuk mengakui kegagalan dan menjadikan alasan itu untuk terus putus asa. Akhirnya kita menjauhkan diri kita daripada Allah atau adakah ujian dan dugaan itu akan kita hadapi melalui jiwa besar lagi perkasa.

Kita laluinya dengan rasa redha dan tunduk kepada Allah. Suatu rumusan daripada ramuan kehidupan yang akhirnya berupaya mengangkat martabat keimanan kita. Bagi orang yang dikasihi Allah, kehidupan di dunia sarat dengan ujian yang didatangkan-Nya seperti kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya.

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Firman Allah:

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَعۡلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ مِنكُمۡ وَيَعۡلَمَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٤٢)

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang yang bersabar.” – Ali  Imran[3]:142

Sebenarnya penyelewengan akidah disebabkan kemiskinan membuatkan sebahagian para salaf berkata: “Jika kemiskinan pergi ke satu negeri maka kekufuran berkata kepadanya, bawalah aku pergi bersamamu”. Maksudnya kekufuran itu mudah mengekori seseorang yang berada dalam kemiskinan. Kita perlu berhati-hati agar tidak tergelincir daripada aqidah yang sekian lama dipertahankan.

Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan bebanan dosa kita. Seorang pelopor gerakan tasauf, Zun Nun al-Misri berkata: “Kebanyakan manusia yang ditimpa kemiskinan berubah menjadi kafir dan sangat sedikit sekali di antara mereka yang mampu bersabar menanggung derita kemiskinan itu.”

 لآ يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

"Tidaklah Allah membebani seseorang kecuali sesuai dgn kemampuannya" – QS Al-Baqarah[2]:286

فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan (kelapangan)." – QS Al-Insyirah[94]:5-6


Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!


Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.       Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.       Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03        Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.       Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.       Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.       Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.       Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.       Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.       Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.       Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.       Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.       Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.       Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.       Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.       Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.       Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.       Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.       Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.       Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.       Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.       Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.       Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.
            Jangan buat apa yang isteri tak suka

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.       Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah SWT berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.






Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

Seseorang Dilarang Meminang Pinangan Saudaranya

Oleh
Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin Abdir Razzaq


Diriwayatkan dari Rasullullah SAW bahawa beliau melarang seseorang meminang atas pinangan saudaranya. Terdapat sejumlah hadiths mengenai hal itu antaranya:

1. Dari Ibnu ‘Umar RA menuturkan: “Rasullullah SAW melarang sebagian kalian membeli apa yang dibeli saudaranya, dan tidak boleh pula seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau peminang mengizinkan kepadanya.” - HR Al-Bukhari

2. Dari ‘Abdurrahman bin Syamasah, bahawa dia mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir berdiri di atas mimbar seraya berucap: “Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda:
(Seorang) mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya. Oleh karena itu tidak halal bagi seorang mukmin membeli atas pembelian saudaranya dan tidak pula meminang atas pinangan saudaranya hingga dia meninggalkannya.
” - HR Muslim

Seseorang yang meminang pinangan saudaranya dapat memasukkan (menyebabkan) permusuhan dalam hati. Karena itu, Islam melarangnya.

Dari Abu Hurairah RA: Rasullullah SAW bersabda:
Janganlah kalian berprasangka, kerana prasangka itu adalah seburuk-buruk pembicaraan. Jangan mencari-cari kesalahan orang dan jangan saling bermusuhan, serta jadilah kalian sebagai orang-orang yang bersaudara. Janganlah seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga dia menikah atau meninggalkannya.” - HR Al-Bukhari

Al-Hafizh berpendapat dalam Al-Fath, bahawa larangan ini untuk pengharaman, ia mengatakan: “Menurut jumhur, larangan ini untuk pengharaman…” lalu beliau menambahkan: “Larangan ini menurut mereka untuk pengharaman, tetapi tidak membatalkan akad.”

Bahkan, Imam An-Nawawi meriwayatkan bahawa larangan dalam hadith ini untuk pengharaman berdasarkan ijma’. Tetapi mereka berselisih mengenai syarat-syaratnya. Para ulama madzhab Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa pengharaman ini berlaku jika wanita yang dipinang menyatakan secara tegas atau walinya yang dia izinkan. Jika yang kedua tidak mengetahui perihal tersebut, maka boleh meminangnya kerana pada asalnya adalah dibolehkan.

Menurut Imam Asy-Syafi’i, makna hadith dalam bab ini ialah bila seorang lelaki meminang wanita lalu ia redha dengannya dan (hatinya merasa) mantap kepadanya, maka tidak boleh seorang pun melamar pinangannya. Jika seseorang tidak mengetahui kerelaannya dan kemantapan pilihannya, maka tidak mengapa dia meminangnya. Hujjah dalam perkara ini ialah kisah Fathimah binti Qais.

Pertanyaan:
Apa balasan bagi orang yang merosak hubungan wanita dengan suaminya?

Jawapan:

Dari‘Abdullah bin Buraidah dari ayahnya, ia mengatakan:
Rasullullah SAW bersabda: Bukan termasuk golongan kami siapa yang bersumpah ‘demi amanah’, dan barangsiapa yang merusak hubungan seseorang dengan isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka ia bukan golongan kami.” - HR Ahmad

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata tentang hukum merusak hubungan wanita dengan suaminya: “(Perbuatan) ini termasuk salah satu dosa besar. Sebab, jika syari’at melarang meminang pinangan saudaranya, maka bagaimana halnya dengan orang yang merusak isterinya, hamba sahaya wanitanya atau hamba sahaya laki-lakinya, serta berusaha memisahkan di antara keduanya sehingga dia bisa berhubungan dengannya. Perbuatan dosa ini tidak kurang dari perbuatan keji (zina), walaupun tidak melebihinya, dan hak yang lain tidak gugur dengan taubat dari kekejian. Kerana taubat, meskipun telah menggugurkan hak Allah, namun hak hamba masih tetap (ada). Menzhalimi seseorang (suami) dengan merusak isterinya dan kejahatan terhadap ranjangnya, hal itu lebih besar dibanding merampas hartanya secara zhalim. Bahkan, tidak ada (hukuman) yang setara di sisinya kecuali (dengan) mengalirkan darahnya”

Syaikhul Islam rahimahullahu ditanya tentang wanita yang berpisah dengan suaminya, lalu seseorang meminangnya dalam masa ‘iddahnya dan ia memberi nafkah kepadanya:
“Apakah itu dibolehkan ataukah tidak?” Beliau menjawab: “Segala puji hanya milik Allah. Jelas-jelas (seseorang) tidak boleh meminang wanita yang masih dalam ‘iddah dengan tegas, walaupun dalam ‘iddah kerana (ditinggal) wafat, berdasarkan kesepakatan kaum muslimin; maka bagaimana halnya dalam ‘iddah perceraian? Barangsiapa yang melakukan demikian, ia berhak mendapatkan hukuman yang membuatnya dan orang-orang yang semisalnya menjadi jera dari perbuatan itu. Dan hukuman itu diberikan kepada orang yang meminang maupun yang dipinang, semua diberi hukuman, dan dilarang menikahkan dengannya sebagai hukuman baginya kerana niatnya yang batal, wallaahu a’lam”

Beliau juga ditanya tentang laki-laki yang mentalaki isterinya dengan talak tiga. Setelah menyelesaikan ‘iddahnya di sisinya, ia keluar. Setelah itu, ia menikah dan dicerai pada hari itu juga. Orang yang mentalaknya tidak mengetahui kecuali pada hari kedua, apakah dia boleh bersepakat bersama wanita itu jika telah menyelesaikan ‘iddahnya, maka ia akan rujuk kepadanya?
Beliau menjawab: “Ia tidak boleh meminangnya di masa ‘iddah dari (suami) selainnya, dan tidak boleh pula memberi nafkah kepadanya untuk menikahinya. Jika talak itu talak raj’i, maka ia tidak boleh melamar dengan sindiran. Jika talaknya adalah talak ba’in, maka kebolehan meminang dengan sindiran diperselisihkan. Kondisi tersebut jika wanita ini menikah dengan nikah raghbah (atas dasar suka). Adapun jika dia menikah dengan nikah tahlil, maka Rasullullah telah melaknat muhallil dan muhallal lahu.


Masalah Dalam Peminangan

Sudah menggenjala di tengah umat Islam mengenai keluarnya peminang bersama wanita pinangannya tanpa akad, dan mereka duduk berduaan. Perhatikan, apa yang terjadi akibat perbuatan ini? Oleh kerana itu, untuk menambah manfaat, kami merasa perlu meletakkan beberapa pertanyaan yang berisikan jawapan sebahagian ulama mengenai hal itu.


Hubungan Kasih Sayang Sebelum Pernikahan (Pacaran)

Yang mulia Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullahu ditanya: “Apa pandangan agama tentang hubungan sebelum perkawinan (pacaran)?”
Beliau menjawab: “Pernyataan penanya “sebelum menikah”, jika yang dia dimaksud adalah sebelum “mencampuri” dan sesudah akad, maka ini tidak berdosa. Kerana dengan akad, ia sudah menjadi isterinya, meskipun belum melakukan persetubuhan. Adapun sebelum akad, pada saat lamaran atau sebelum itu, maka ini diharamkan dan tidak dibolehkan. Tidak boleh seseorang bermesraan bersama wanita yang bukan isterinya, baik berbicara, memandang maupun berduaan.

Diriwayatkan dari Rasullullah SAW, bahawa beliau bersabda:
Janganlah seseorang berduaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, dan janganlah wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Walhasil, jika berkumpul ini setelah akad, maka tidaklah berdosa. Jika ini dilakukan sebelum akad walaupun setelah peminangan dan pinangannya diterima, maka ini (pun) tidak boleh. Perbuatan ini haram baginya, kerana wanita ini masih tergolong orang lain, hingga ia mengikatnya (dengan ikatan pernikahan).”


Hukum Peminang Duduk Bersama Wanita Pinangannya

Yang mulia Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullahu ditanya: “Aku telah meminang wanita dan aku membacakan kepadanya 20 juz al-Qur’an selama masa peminangan, Alhamdulillah. Aku duduk bersamanya dengan keberadaan mahram, sedangkan ia tetap memakai hijab syar’i, Alhamdulillah, dan duduk kami tidak keluar dari pembicaraan agama atau membaca al-Qur’an, dan juga waktu duduk tersebut sangatlah pendek; Apakah ini kesalahan menurut syari’at?”
Beliau menjawab: “Ini tidak sepatutnya dilakukan. Kerana pada umumnya perasaan seseorang bahawa teman duduknya adalah pinangannya dapat membangkitkan syahwatnya. Luapan syahwat kepada selain isteri dan sahaya wanitanya adalah haram, dan segala apa yang dapat membawa kepada keharaman adalah haram”


Sekadar Dipinang Tidak Dilarang Menikahkannya dengan Selain Peminang

Syaikh Muhammad bin Ibahim Alusy Syaikh rahimahullahu ditanya tentang seseorang yang datang dengan membawa saudara perempuan sekandungnya, sedangkan dia telah dipinang oleh seorang pria di negerinya, Yaman. Hari itu saudaranya ingin menikahkannya di Tha’if; apakah sah menikahkannya padahal dia telah dipinang?
Beliau menjawab: “Alhamdulillah, selagi wanita ini belum dipertalikan dengan lelaki yang melamarnya dengan akad pernikahan, maka sekadar lamarannya saja kepadanya tidak menghalanginya untuk menikahkannya dengan selainnya”



[Disalin dari kitab Isyratun Nisaa Minal Alif Ilal Yaa, Edisi Indonesia Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z, Penulis Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin Abdir Razzaq, Penterjemah Ahmad Saikhu, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir]

Pertunangan Yang Mengikut Syari'at



Islam memberi kita maklumat yang lengkap bagaimana menyalurkan rasa kasih kita pada insan yang bergelar kekasih. Di sini beberapa langkah yang perlu diambil bagi mereka yang yakin dengan istikharah mereka (istikharah dulu)

Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama: Adakah fardhu ‘ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasullullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasullullah SAW bersabda lagi:
Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua, malah sampai ke akhir hayat membawa ke syurga hendaknya

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syari’at dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syari’at Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasullullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah.
Rasullullah SAW bersabda:
Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya

Rasullullah SAW bersabda lagi:

Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

Rasullullah SAW bersabda lagi:
Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasullullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka.
Katanya:
“Tiada berkahwin Rasullullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syari’at.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasullullah SAW telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:

Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.

Rasullullah SAW bersabda lagi:
Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

Cinta Hakiki

Pada suatu ketika Saiyidina Umar berkata kepada Rasullullah, “Sesungguhnya engkaulah yang paling aku cintai setelah diriku sendiri wahai Rasullullah.” Rasullullah SAW segera menegur, “Tidak wahai Umar, tidak beriman seseorang itu melainkan jika Allah dan RasulNya menjadi yang paling dicintai lebih dari dirinya sendiri!” Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” - HR Al-Bukhari & Muslim

Mendengar kata-kata itu Saidina Umar terus menangis terisak-isak. Abdullah Bin Umar bertanya kepada bapanya, “Bagaimana ayah boleh begitu cepat bertukar fikiran dan malah terus menangis?” Anak Saidina Umar mempertanyakan peristiwa ajaib yang jarang terjadi kepada orang biasa. Saidina Umar segera menjelaskan bahawa ketika beliau mendengar teguran Rasullullah itu, beliau terus terkenang akan dirinya yang begitu tidak berharga sebelum mendapat hidayah dan bertemu Rasulullah. Tidak dapat dibayangkan betapa tidak bergunanya diri ini dan tidak berharganya jika tidak dipertemukan dengan Rasulullah. Seandainya bukan Allah yang menetapkan, dan bukan Rasullullah SAW yang menyampaikan niscaya beliau masih terpuruk dalam kenistaan kekufuran. Itulah rahsia mengapa sejak saat itu cintaku telah berubah. Cintaku kini hanya milik Allah dan RasulNya.

Kisah ini mempertemukan rasional dan kemurnian cinta. Islam meletakkan nilai yang paling asas bagi menuntun manusia agar mencintai dengan cinta yang benar dan terjaga kefitrahan dan kesuciannya.

“Maaf saya sudah mengkhususkan cinta saya hanya kepada Allah!” ucap seorang lelaki kepada teman istimewanya.
Adakah cinta kepada Allah itu menghilangkan cinta antara sesama manusia?
Persoalan seumpama ini perlu dirungkai dengan cermat dan teliti. Cinta kita kepada Allah tidak sama dengan cinta kita sesama manusia. Cinta kita kepada Allah bersifat fundemental. Ini juga bermakna cinta sesama manusia boleh meluputkan cinta kepada Allah dengan pembahagian mutlak antara cinta Allah dan cinta manusia. Mari kita teliti hadith-hadith ini:

“Tidak beriman seseorang sehingga dia memberi kepada saudaranya apa yang dia sukai, seperti mana dia menyukai hal itu kepada dirinya sendiri.”
“Tidak beriman seseorang  yang tidur lena sedang jiran tetangganya dalam kelaparan.”
“Tidak beriman seseorang yang tidak menghormati tamunya.”

Kesemua hadith di atas jelas menunjukkan bagaimana besarnya tumpuan Islam kepada cinta sesama manusia yang terpancar dari keimanan. Keimanan membuatkan seseorang itu memberikan apa yang disukainya kepada saudaranya. Bayangkan kita sangat menyukai sesuatu lalu sesuatu itu kita korbankan untuk saudara kita, itulah penzahiran keimanan yang hakiki. Seorang mukmin tidak akan muncul kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim yang tidak kita kenali jika belum terbit di hatinya cahaya keimanan. Kepedulian terhadap orang yang datang berkunjung atau keadaan jiran tetangga hanya akan muncul bila hati disinari cahaya iman yang memancarkan kasih sayang. Secara rumusannya kita boleh menyimpulkan bahawa iman adalah "input" sedang "output" nya berupa kasih sayang.

Hal ini ditegaskan lagi dalam hadith berbunyi:
3 keadaan yang jika kita berada di dalamnya akan merasakan kemanisan Iman,

1. Hendaklah Allah dan Rasulnya menjadi yang paling dicintai berbanding segala selain dari keduanya.
2. Hendaklah seseorang mencintai saudaranya dalam keadaan dia tidak mencintai saudaranya itu hanya kerana Allah.
3. Membenci agar tidak kembali kepada kekufuran/kemaksiatan, sebagaimana membenci dicampakkan ke dalam neraka.

Dengan demikian jelas iman yang berupa input akan menghasilkan output kasih sayang yang tepat dan benar. Keimanan kita kepada Allah dan RasulNya akan mendorong kita agar taat dan patuh kepada segala perintah dan larangan. Bila kecintaan kepada Allah menjadi keutamaan maka kita akan taat dan patuh. Kepatuhan dan ketaatan inilah nanti yang akan mengawal dan mendorong kita untuk kasih sayang sesama manusia ke arah yang benar dan sepatutnya.

Renungi firman Allah berikut,
“Jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku niscaya Allah akan mencintai kamu.”

Ada tiga elemen yang penting di dalam ayat di atas:
1. Jika kamu mencintai Allah,
2. Ikutilah Aku (Rasullullah), dan
3. Allah akan mencintai kamu.

Ayat ini menunjukkan betapa cinta Allah yang kita semai itu hanya akan terbukti jika ia diterjemahkan dalam peniruan kita terhadap segala yang Rasullullah SAW lakukan. Ini bererti cinta kepada Allah ada cara, bentuk dan kriterianya. Cara, bentuk dan kriterianya semuanya diperlihatkan Rasullullah SAW dalam kehidupan seharian Baginda SAW. Mentauladani Rasullullah sebagai model dalam menghidupi kehidupan ini bukan hanya menjadi pembuktian berupa cinta kepada Allah tetapi juga menjadi syarat agar meraih cinta Allah. Hubungan percintaan hanya akan bermakna bila ada tindak balas dari kedua-dua pihak. Apalah erti cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan. Maka cinta Allah akan bersemi kepada kita jika kita terlebih dahulu mempersembahkan cara hidup Rasullullah. Input masih lagi iman, outputnya pula ditegaskan agar perlu sesuai dengan contoh yang ditunjukkan Rasullullah.

Maha suci Allah yang sangat-sangat mengetahui perihal seorang hamba. Maka, Allah SWT telah meletakkan garis panduan untuk berinteraksi dengan sesama jantina, panduan berinteraksi sesama keluarga dekat (mahram), panduan berinteraksi dengan keluarga jauh (bukan mahram), panduan berinteraksi dengan ajnabi (orang yang tidak dikenal), panduan berinteraksi dengan berbeza jantina dan sebagainya.

Kesemua panduan-panduan ini memelihara diri manusia sejak awal-awal lagi sebelum seseorang terjebak ke dalam jerat percintaan.

Jika kita terlanjur terjebak segeralah mencari jalan yang ditunjukkan Islam bagi mengarahkan cinta yang tulus dan jernih. Jangan hilangkan senyum anda, ramah anda, belas kasihan anda, kasih sayang anda tetapi sampaikanlah semua itu dengan cara yang tepat dan benar sesuai perintah Allah, sesuai petunjuk Rasullullah.
  
Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). – QS At-Taubah[9]:24

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasullullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini.

Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasullullah SAW dalam hal ini ialah:
Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia.
-HR Al-Bukhari & Muslim

Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW.

Sudah tentu kita tidak redha keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.

Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a.
Saidina Umar diriwayatkan berkata, “Wahai Rasullullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.
Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasullullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.
Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasullullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” -HR Al-Bukhari & Muslim

Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasullullah SAW diriwayatkan bersabda:
Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. - HR Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Ay-Tirmizi & Nasa’i di dalam Bab Iman

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan Baginda SAW,
“Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasullullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?”Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & At-Tirmizi

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?

Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.
Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.



Taman Syurga, Masjid Nabawi











Sumber:  Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Ditulis Oleh Akhi Mohamed Ibrahim Maricar on Sunday, January 23, 2011 at 11:23pm

Pesanan Buat Wanita

Peringatan Untuk Semua Yang bergelar Wanita


“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
- QS Al-A’raaf [7]:26

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
- QS Al-Ahzab[33]:59

“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
- QS An-Nur[24]:31

Rasullullah SAW bersabda, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” 
-HR Abu Daud

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.”
- HR At-Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah.


“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita”
- HR Al-Bukhari

Ilmu, Amal Dan Iman

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّحِيمِا

Assalamu'alaikum.....

Sesungguhnya Allah telah menjadikan kita manusia dengan mempunyai akal, hati dan nafsu.....


Akal digunakan untuk menilai yang mana baik, yang mana tidak. Menimbang yang mana halal yang mana haram….maka itu perlu pentingnya bagi kita untuk menuntut ilmu agar dapat membezakan diantara baik dan buruk, halal dan haram.

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali.”  -HR At-Tirmidzi)

Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Qur’an dan yang mengajarkannya.” -HR Al-Bukhari

Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri.” -HR. Ath-Thabrani


Hati digunakan untuk merasa….muhasabah dan mengingati Allah tapi ingat, syaitan duduknya dihati…..membisikkan kata2 sangsi, mengajak kepada kemaksiatan.
Sabda Rasullullah SAW, “ Sesungguhnya dalam tubuh anak Adam terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah tubuh itu seluruhnya , dan anggota-anggota yang lain akan menjadi baik pula. Ia adalah hati.”

Allah menghukum kamu dengan apa yang dilakukan oleh hati kamu.” - QS.Al-Baqarah[2]:225

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu akan dimintai pertanggungjawapan.” - QS Al-Israa[17]:36)

Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala apa yang mereka sembunyikan.” -Q.S. Al-Baqarah[2]:77


Nafsu….itu anugerah Allah sebagai fitrah kehidupan kepada hambanya. Ia juga merupakan dugaan terhebat yang Allah lemparkan kepada kita.

Sabda Rasullullah SAW untuk mencukupkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:
Bukanlah orang yang ggah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya di dalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan.” –HR Abu Daud

Rasullullah SAW bersabda:
Tidak seorang pun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun ada juga bersyaitan tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya itu sehingga dia saya kalahkan.” -HR Ibnu Jauzi & Ibnu Abdurrahaman Salmi

Umar bin Khattab juga mendapat darjat yang hampir meningkat ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Umar:
Demi Tuhan yan menguasa diriku di dalam tanganNya, tidaklah bertemu engkau dengan syaitan pada suatu jalan, melainkan menyingkirkan syaitan itu kepada jalan lain yang tidak engkau lalui.” -HR Muslim & Saad bin Abi Waqasy

Rasullullah SAW bersabda:
Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga hawa nafsunya tunduk terhadap apa yg aku bawa.” – HR Imam Nawawi

Rasullullah SAW bersabda:
Di kolong langit ini tidak ada tuhan yg disembah yg lbh besar dalam pandangan Allah selain dari hawa nafsu yg dituruti.” _ HR Imam Nawawi

Dengan adanya Ilmu, Akal boleh mengawal.
Dengan adanya Amal, Hati akan sentiasa bertasbih
Dengan adanya Iman, Nafsu boleh dibendung
Sesesungguhnya....
Dengan adanya ilmu, kita dapat beramal
Dengan beramal keimanan kita bertambah

Tapi bila tidak berilmu…maka akal akan hilang kawalan, hati menjadi buta, nafsu bermaharajalela. Maka pincanglah ummah, hilanglah segan, tiada lagilah malu…..kemaksiatan begitu rambang hingga menjadi umpama najis berselerakkan ditepi-tepi jalan….
Nauzubillahi minzaliq….


Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Kau peliharalah aku, anak cucuku, kaum kerabatku, sahabat handaiku, dan sekelian umat Islam didunia ini agar kami menjadi hambaMU yang berilmu, beriman dan beramal keranaMU, untukMU, demiMU…..

Sesungguhnya, ibadahku, solatku, puasaku, sedekahku, amalku hanya untukMU semata. Sesungguhnya, hatiku, jiwaku, jasadku, hartaku, anak cucuku, kaum kerabatku, sahabat handaiku, dan sekelian umat Islam didunia adalah HAK dan MILIKMU semata…..tiadalah aku memiliki suatu apapun melainkan KAU YA ALLAH. Tiada daya dan upayanya bagi diriku ini melainkan dengan keizinan dariMU…Amiin

Keluasan Api Neraka

(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1.         Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.         Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3.         Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4.         Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5.         Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.         Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.         Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.         Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.         Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10.       Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11.       Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat




Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Nikmat Allah Yang Kita Dustakan

(Petikan Tazkirah Ustaz Ismail Kamus- UIK)


Umur manusia ada tiga
satu semalam, dua esok, tiga hari ini..

Umur yang esok kita tak tahu apa kesudahannya,
Semalam dah lepas, kita dah tak boleh buat apa-apa,
yang ada pada kita, masa ini,
kalau nak beribadah masa ni,
kalau nak bertaubat atas dosa-dosa silam pun hari ini.

Jangankan kata umur kita, nafas kita ni pun terbahagi pada tiga,
kejap tadi, kejap lagi, dan sekarang.
kejap tadi, dah lepas
kejap lagi, belum tahu...
yang sekarang ni pun,
nafas yang dah tarik, belum tentu dapat hembus keluar
kalau yang sekarang ni tengah hembus nafas,
belum tentu dapat tarik nafas kejap lagi.

UIK juga menyebut tentang mensyukuri nikmat Allah,
nikmat Allah terbahagi pada dua,
nikmat yang kita Nampak, dan
nikmat yang tak nampak..

Nikmat yang kita nampak,
contohnya seperti harta, pangkat, increment gaji dan lain-lain.
yang tak nampak masyaAllah

UIK bagi contoh nikmat yang tak kita nampak,
cuba tengok mata kita, bila tidur mata tutup
bila jaga mata berkelip
kalau tidur mata celik, tak pening kepala kita..

Dan contoh lain UIK bagi ialah jantung...

Cuba perhatikan jantung kita~~~
Bila kita tidur, jantung jalan
bila kita berjalan, jantung jalan
bila kita berhenti jantung jalan
bila jantung berhenti, kita yang jalan ..

MasyaAllah nikmat Allah yang mana kita dustakan?

UIK quote satu hadith "Umur umatku ini dalam lingkungan 60 hingga 70 tahun"
cantik Allah design umur kita,

Sehari diazan dan diqamatkan
7 hari diberi nama
7 tahun solat
10 tahun rotan kalau tak solat
15 baligh
25 kahwin
40 matang
60 tahun standby~~~~

Tapi ada jugak yang Allah saja tak bagi ikut design tu..

Maka dengan sebab itu disarankan kita rajinkan berdoa pada Allah
"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami dengan mengejut"

Ada orang mati mengejut, tak sakit tak apa, tahu-tahu mati tercekik buah kelapa..
nauzubillah...

UIK pun mengakhiri tazkirah ringkas itu dengan soalan terakhir~~~

Manusia itu terbahagi pada empat golongan

1- Bahagia di dunia dan bahagia dia akhirat
2 -Bahagia di dunia tapi celaka di akhirat
3 -Celaka di dunia dan celaka di akhirat
4 -Celaka di dunia tapi bahagia di akhirat


Maka kita, dimana agak-agaknya?

Bersama Mengingatkan

Wahai sahabat…
Sesungguhnya dunia ini luas buat kita
Hidup ini singkat untuk kita
Kehidupan ini sempit bagi kita
Tapi kita masih asyik leka berehat
Sampai bila kita mahu terus terlena

Ingatlah
Kubur itu sempit
Masa yang sangat panjang didalamnya
Disitulah tempat istirehat yang sebenarnya
Apakah kita mahu berjaga
Selama mana kita disana?

Sahabat
Akhirat itu kekal
Tiada kiraan masa, jangka atau detik disana
Disanalah hidup kita selamanya
Kehidupan yang luas sudah dijanjikan
Taman-taman yang indah sudah disediakan
Sungai-sungai yang jernih telah dibentangkan
Syurga tempat umpama anganan sebuah igauan
Atau mungkin kita ingin meredah
Berenang dilautan api…
Lautan api….ya lautan api
Api Neraka……..

Ketawalah kita didunia,
tapi pastikan diakhirat kita tak sesal
Ketawalah kita didunia,
tapi jangan lupakan akhirat
Ketawalah kita didunia,
tapi jangan sampai ditertawakan diakhirat
Menangislah kita didunia….
Agar kita bisa ketawa diakhirat…..