HTML/Protected

Right Click Disable

Rukun-Rukun Wudhu’


Rukun wudhu' itu ada enam perkara wajib seperti urutan berikut:-
  1. Niat (perbuatan hati) boleh diucapkan boleh tidak.
  2. Membasuh muka satu kali. Batasnya ialah puncak kening sampai dagu & pinggir telinga yang satu sampai pinggir telinga yang lain.
  3. Membasuh kedua tangan sampai dengan kedua siku.
  4. Menyapu kepala, yaitu menyapu seluruh kepala. –HR Jama'ah
  5. Membasuh kedua kaki serta kedua mata kaki. –HR Jama'ah
  6. Tertib, berurutan, kerana Allah SWT.
Fardhu atau rukun wudhu ada enam, bila gugur satu maka wudhu’nya tidak sah.

Sunnah-Sunnah Wudhu’
  1. M emulai dengan basmalah.
  2. Menggosok gigi.  – HR  Malik
  3. Mencuci kedua telapak tangan. – HR Ahmad & An-Nasa’i
  4. Berkumur-kumur tiga kali. –HR Abu Daud & Al-Baihany
  5. Memasukkan air kedalam hidung dan mengeluarkannya tiga kali. –HR Al-Bukhari & Muslim
  6. Menyilang-nyilangi anak-anak jari. – HR Ahmad & At-Tirmizi
  7. Membasuh tiga kali.
  8. Membasuh yang kanan kemudian yang kiri.
  9. Menggosok/mengusap tangan ke atas anggota wudhu bersama air.
  10. Berturut-turut membasuh anggota wudhu tanpa menyela pekerjaan lain.
  11. Menyapu kedua telinga, bahagian dalam dengan telunjuk, bagian luar degan ibu jari dengan memakai air untuk kepala.
  12. Membasuh melebihi yang fardhu wudhu.
  13. Sederhana, tidak boros.
  14. Berdo’a selesai wudhu:-"Asyhadu alla ilaaha ilaaha wahdahu laasyarikallah, wa asthaduanna  Muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahumma a ja’alni minat tawwabina waj’alni minal mutathahirin."
  15. Sholat dua rakaat : Niat sunnat sebelum wudhu.
Dasar disyariatkannya wudhu, adalah :  
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. – QS Al Maidah[6]:6


MEMBASUH KEDUA TANGAN

 
BERKUMUR-KUMUR & MENYEDUT AIR KEDALAM HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

نَوَيْتُ رَفْعَ اْلحَدَثِ اْلأَصْغَرِ لِلهِ تَعَالَى.

"Nawaitu raf 'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"
Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala." atau 

"Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala
Ertinya: "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala."

NIAT SAMBIL BASUH SELURUH MUKA

DARI TELINGA KANAN-KIRI

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada kumis & janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

HUJUNG JARI HINGGA SIKU

 MULAKAN TANGAN KANAN-KIRI                      

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.

MENCUCI KEDUA TELINGA

5. MENCUCI KEDUA TELINGA, meratakan dengan menggunakan jari dibahagian dalamcuping telinga dan belakang telinga.- 3 Kali

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN-KIRI

6. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

7. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.


Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas Wudhu'

أَشْهَدُأَنْ لَاإِلٰهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُأَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْ لُهُ. اَلّٰهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ اْلمُتَطَهِّرِيْنَ, وَاجْعَلْنِيْ مِنَ عِبَادِكَ الصَّا لِحِيْنَ. سُبْحَانَكَ الّٰهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُاَنْ لَاإِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتَوْبُ إِلَيْكَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَللَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Asyhadu allailaha illallahu wadahuu laa syaariikalah(u). Wa asyadu anna muḥammadan ‘abduhu warasuluh(u). Allahummaj `alni minattawwabiina waj `alni minal mutaṫahhiriin(a). Waj `alni  mina `ibaadikaṣṣolihin(a). Subḥanakallahumma wabi ḥamdika asyhadu allailaha illa anta astagfiruka wa atubu ilaik(a). Waṣollallahu `ala saidinaa muḥammadin wa`ala aalihi waṣoḥbihi wasallam(a).

Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah, jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.” – HR At-Tirmizi & An-Nasai

Dari Abu Hurairah RA. bahawa Rasullullah SAW. bersabda :
“ Allah tidak menerima solat salah seorang diantaramu bila ia berhadas, sampai ia berwudhu lebih dahulu.” – HR Al-Bukhari & Muslim

Dari Abu Hurairah, Rasullullah SAW bersabda:
“Apabila seorang hamba Muslim(mu'min) berwudhu, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang pernah ia lihat (yang haram) dengan matanya bersamaan dengan air atau bersama titisan air yang terakhir; bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dari kedua tangannya setiap dosa yang pernah dilakukan oleh kedua tangannya bersamaan dengan air atau titisan air yang terakhir. Dan bila ia mencuci kedua kakinya, akan keluar dosa­-dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air yang terakhir, hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa.” – HR Muslim

Dari Abu Umamah, Rasullullah SAW bersabda: “Apabila seorang muslim berwudhu' maka akan keluar dosa­dosanya dengan sebab mendengar, melihat, dari tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk (menanti sholat), ia masuk dalam keadaan diampuni dosa­-dosanya.” – HR Ahmad

Dari Usman RA, Rasullullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berwudhu, lalu ia sempurnakan wudhunya, niscaya akan keluar dosa-­dosanya dari tubuhnya, sampai keluar (dosa­-dosa) dari bawah kuku­-kuku jarinya.” – HR Muslim



˙·٠•●❤ Putri Cahya Qaseh ●•٠·˙
♥♥♥ Siti Habibah 


Ibu, Emak, Ummi, Mummy, Mama



Ibu, Emak, Ummi, Mummy, Mama
Itulah panggilan buat wanita yang telah melahirkan insan-insan yang bergelar anak. Tak kiralah sama ada beliau seorang ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu susuan ataupun ibu angkat. Pokoknya, diawal kata tetap dimulai dengan IBU.

Dari sejak awal kandungan…..kita berada didalam mereka, bersama mereka. Merekalah orang yang pertama merasai kehadiran kita, merasai pergerakkan dan denyut nadi kita. Dari segumpal darah menjadi seketul daging, lalu terbentuklah sifat, lantas ditiupkan roh kedalam janin oleh Yang Maha Esa Allah SWT.

Mabuk, pening, muntah, sakit, tiada selera makan, tiada keselesaan dalam bergerak, itulah yang mereka rasai ketika kita didalam kandungan mereka selama 9 bulan 10 hari. Bentuk badan yang cantik berubah menjadi hodoh, dengan perut yang semakin membesar, memboyot kedepan. Tiada mereka mengeluh malahan diusap dengan lembut dan penuh kasih sayang. Tibalah saat kelahiran….bertarung nyawa melahirkan kita dengan segala macam kesakitan, perit, pedih. Berpantang maut sebelum ajal. Ketika tatkala terdengar tangisan kita maka sekelip mata hilang segala kesakitan yang dirasa.

Mak…. 9 Bulan 10 hari aku didalam kandunganmu, bersamamu, senyawa denganmu, seurat….senadi….sedenyut. 2 tahun 6 bulan kau menyusukan aku, tiap titisan air susumu menjadi darah daging yang kejal pada tubuhku. Ketika tapak kakiku sebesar ibu jarimu, kau menatang aku ibarat menatang minyak yang penuh…..seekor nyamuk pun tak kau benarkan hinggap keatas tubuhku. Kau sentiasa menjadi pelindung dan pembelaku.

Dari sejak kau menyedari akan kehadiranku, hinggalah kesaat dan detik ini, kau tidak pernah merasa letih, jenuh ataupun jemu melayani karenahku. Kau tidak pernah meninggalkan aku sendirian……….tapi dimanakah aku ketika kau perlukan aku. Ketika aku sakit, kau bersengkang mata menjagaku sedangkan ketika kau sakit aku lena dibaluti selimut. Tangisanku kau anggap nyanyian, teguranmu ku anggap leteran. Kau melayani keletah perbualanku dengan khusyuk sambil tersenyum tapi aku menganggap berbual denganmu amat membosankan. Kau mengenggam tanganku dalam pimpinanmu dengan cukup erat, tapi aku……malu ingin berpimpinan denganmu. Kerapkali kau mendakap dan mengucupku dan aku hanya mendakap dan mngucupmu dipagi Hari Raya.

Aku perlukan mak tapi aku lupa mak juga perlukan aku……ANAK MAK
Mak…..maafkanlah aku anak mak yang sentiasa lalai, leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawap sebagai anak mak. Seringkali hati mak aku sakiti. Mak maafkanlah aku, redha akan hidupku, restui aku dan do’akan agar aku dapat sentiasa bersama denganmu. Walaupun kau ku letakkan diatas bahuku dan ku pikul sepanjang hayatku, namun tiada terbalas segala pengorbananmu terhadapku. 

Ya Allah. Kau panjangkanlah usia ibuku dalam kesihatan. Kau murahkanlah rezeki ibuku dalam keberkatan. Kau lapangkanlah dada ibuku dengan ketenangan. Kau curahkan limpah kurnia hidayahMu keatas ku agar aku dapat menjadi hamba yang taat akan perintahMu dan anak yang patuh pada orang tuaku……
Amin Ya Rabbal’alamin 




(Harap buka browser baru untuk mendengar)









Bagaimana Wanita Mengimami Wanita?


Ulama berbeza pendapat tentang hukum seorang wanita mengimami wanita lain dalam sholat berjemaah. Ada yang menganggap mustahab (sunnah), seperti riwayat dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah. Dan ini pendapat yang dipegangi `Atha’, Ats-Tsauri, Al-Auza’i, Asy-Syafi’i, Ishaq dan Abu Tsaur. Ada yang menganggap tidak disunnahkan seperti pendapatnya Al-Imam Ahmad*. Ada pula yang memakruhkannya seperti Ashabur ra’yi.

Sedangkan Asy-Sya’bi, An-Nakha’i, dan Qatadah berpendapat bahawa sholat jemaah bagi wanita ini hanya dilakukan dalam shalat sunnah bukan shalat wajib. Al-Hasan dan Sulaiman bin Yasar mengatakan: wanita tidak boleh mengimami wanita lain dalam shalat wajib atau pun shalat sunnah. Adapun Imam Malik, beliau berpandangan tidak pantas wanita mengimami seorangpun, kerana dimakruhkan baginya untuk mengumandangkan adzan, sementara adzan merupakan panggilan untuk shalat berjemaah. (Al-Mughni, 2/17)

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Tamamul Minnah membawakan beberapa atsar yang berkaitan dengan hal ini, di antaranya:
“Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah adzan dan iqamah serta mengimami para wanita dan beliau berdiri di tengah mereka.” - Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam As-Sunanul Kubra

Hujairah bintu Hushairi berkata: “Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha pernah mengimami kami dalam sholat Asar dan beliau berdiri di antara kami.”  - Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq, Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi

Kemudian Asy-Syaikh Al-Albani berkata: “Atsar-atsar ini baik untuk diamalkan, terlebih lagi bila dihubungkan dengan keumuman sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Para wanita itu saudara kandung (serupa) dengan laki-laki.”  -  Tamamul Minnah, hal. 154

Dari keterangan di atas boleh disimpulkan dimana dibolehkan wanita mengimami wanita lain dalam sholat berjemaah di rumah kerana adanya contoh dari perbuatan para shahabiyah tanpa ada yang menyelisihi mereka. Dan juga tidak didapatkan adanya larangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini.
Ibnu Hazm rahimahullah berkata: “Boleh seorang wanita mengimami wanita lain dalam sholat namun ia tidak boleh mengimami laki-laki.” - Al-Muhalla, 4/219


Tata Cara Berjamaah Bagi Wanita

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan bila para wanita ingin menegakkan sholat berjemaah di kalangan mereka, di antaranya:

1. Adzan dan Iqamah
Dalam perlaksanaan sholat berjemaah, dibolehkan bagi wanita untuk adzan dan iqamah dengan dalil atsar dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha di atas dan juga atsar lainnya seperti yang diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf (1/202), dengan sanad yang jayyid (bagus), kata Asy-Syaikh Al-Albani**, dari Wahab bin Kisan. Ia berkata: “Ibnu ‘Umar ditanya, apakah ada adzan bagi wanita?” Mendapat pertanyaan demikian, Ibnu ‘Umar marah dan berkata: “Apakah aku melarang dari dzikrullah (berdzikir kepada Allah)?”

2. Posisi Imam
Imam wanita berdiri di tengah-tengah makmumnya di dalam shaf, sebagaimana riwayat ‘Aisyah dan Ummu Salamah di atas. Dan hal ini juga merupakan pendapat mayoritas ulama salaf. Namun bila imam tersebut maju di depan shaf maka tidak didapatkan larangan dalam hal ini, akan tetapi berpegang teguh dengan apa yang dilakukan salaf adalah lebih baik dan lebih utama. - Jami’ Ahkamin Nisa, 1/352

Ibnu Juraij berkata: “Bila seorang wanita mengimami wanita lain, maka ia tidak maju di depan mereka akan tetapi ia sejajar dengan mereka. Ini dilakukan dalam sholat wajib maupun sunnah.” Lalu ada yang berkata kepada Ibnu Juraij: “Bagaimana bila jemaah itu banyak hingga mencapai dua shaf atau lebih?” Ibnu Juraij menjawab: ‘Ia berdiri di tengah-tengah mereka’.” -HR. ‘Abdurrazzaq, 3/140

Demikian pula yang dikatakan oleh Ma’mar (Al-Mushannaf, 3/140). Dan juga Al-Hasan dan Asy-Sya’bi dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, 2/89)

3. Memperdengarkan suara atau tidak?
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah: “Wanita memperdengarkan suaranya dalam sholat jahr***. Namun bila di tempat itu ada laki-laki maka ia tidak boleh memperdengarkan suaranya kecuali bila laki-laki itu adalah mahramnya.” - Al-Mughni, 2/17


Catatan Penting untuk Imam Shalat

Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata dalam salah satu fatwanya: “Dibolehkan bagi wanita untuk shalat berjemaah dengan diimami salah seorang dari mereka, dan imam ini berdiri di shaf makmumnya (bersisian), bukan di depan mereka. Shalat jamaah ini tidaklah wajib bagi mereka karena kewajiban jamaah termasuk kekhususan laki-laki. Adapun mereka, boleh sholat berjamaah ataupun sendirian.”

Ketika beliau ditanya tentang kebolehan wanita memperdengarkan suaranya di dalam shalat jahriyah dalam rangka memudahkan untuk khusyu’, beliau menjawab: “Untuk shalat yang dilakukan pada malam hari, disunnahkan baginya jahr dalam ucapan shalat, sama saja apakah dalam shalat fardhu ataupun shalat nafilah (sunnah) selama tidak terdengar oleh laki-laki yang bukan mahramnya. Kerana bila sampai terdengar, dikhawatirkan laki-laki itu akan terfitnah (tergoda) dengan suaranya. Bila di tempat tersebut tidak ada laki-laki yang bukan mahramnya, namun ketika mengeraskan bacaan sholatnya berakibat menganggu dan menimbulkan kekacaun bagi orang lain yang sedang shalat maka hendaknya ia merendahkan suaranya (membaca dengan sirr).
Adapun dalam sholat yang dilakukan pada siang hari, ia tidak boleh memperdengarkan suaranya ketika membaca surat Al Qur’an. Kerana shalat siang hari adalah sirriyah. Ia membaca sebatas didengar dirinya sendiri kerana tidak disunnahkan jagr dalam shalat siang hari.” - Al-Muntaqa, Asy-Syaikh Al-Fauzan, 3/76, 201

Wallahu a’lam bish-shawab.


Footnote:
*) Didapatkan pula keterangan bahwa Imam Ahmad rahimahullah juga menganggap mustahab. Ibnu Hazm rahimahullah berkata: “Berkata Al-Auza’i, Ats-Tsauri, Ahmad bin Hambal, Ishaq bin Rahuyah, dan Abu Tsaur rahimahumullah: ‘Disunnahkan bagi seorang wanita untuk mengimami wanita lain dan ia berdiri di tengah-tengah mereka’.” (Al-Muhalla, 4/220) **) Tamamul Minnah, hal. 153
***) Yaitu shalat Maghrib, ‘Isya, dan Shubuh


Sumber: Majalah Asy Syari’ah, No. 02/I/Sya’ban 1424 H/September 2003, hal. 75-76.