HTML/Protected

Right Click Disable

Pintu Masuk Bagi Syaitan Kedalam Hati Manusia



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ

1.         Kebodohan. Enggan menerima nasihat, dan sentiasa beranggapan bahawa diri betul.

2.         Amarah merupakan bara dari api neraka, dan itu merupakan kesempatan bagi syaitan untuk mengganggu. Akhirnya menjadikan seseorang itu bersifat pemarah, Ghadab.

3.         Cinta keduniaan, sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.

4.         Hubbul Mal, kebendaan. Ia bermula dari berangan-angan, sebab ia merupakan ekspresi kekerasan hati, tiupan terhadap harga diri dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.

5.         Cita-cita, kerana ia melahirkan perasaan tamak dan membangkitan kerakusan.

6.         Bukhul, kikir. Ia merupakan pintu kerosakkan.

7.         Kibr iaitu sombong dimana adanya kesombongan terhadap nikmat Allah.

8.         Tafahur, membangga diri bermula dari suka dipuji, itu merupakan pintu tipu daya.

9.         Riyak, suka mempamerkan kelebihan.

10.       Ujub, merasakan diri sudah sempurna.

11.        Suma, mencari nama atau kemasyhuran. Melakukan pekerjaan hanya ingin mendapat gelaran dan glamor.

12.       Mengeluh dan tidak sabar, yang bererti merupakan kelemahan iman.

13.       Mengikuti hawa nafsu, kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.

14.       Kizib, dusta. Orang yang suka berkata selain dari yang benar, erti kata lain yang suka berbohong.

15.       Khianat, munafik. Orang yang pecah amanah, yang mengingkari janji.

16.       Ghibah, iaitu pengumpat yang suka bercerita dibelakang orang lain, Naminah. Sifat yang boleh melagakan dua pihak.

17.       Suuz Zhan, kerana ia dapat menimbulkan hubungan yang tidak tenang dan segala sesuatunya hanya didasarkan kepada prasangka & bersangka buruk sahaja.

18.       Hasad, iri hati kepada kelebihan dan kesenangan yang diperolehi oleh orang lain.

19.       Meremehkan orang lain, kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian. Itulah Haqad, sifat dengki atau benci.

20.      Menganggap remeh dosa, kerana ia menimbulkan sikap acuh terhadap dosa itu, meremehkan dosa kecil dan akhirnya dapat menyeret kepada dosa besar.

21.       Merasa aman dengan murka Allah.

22.       Putus asa dari rahmat Allah. Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang luas terbentang ini.

Masih banyak lagi perkara yang menjadi jalan masuk syaitan ke dalam hati manusia. Dimana ia juga adalah penyakit bagi hati yang boleh mengundang bencana kepada manusia itu sendiri. Kebanyakkan perkara yang terjadi adalah diluar kesedaran manusia itu sendiri disebabkan kekurangan ilmu, amal lantas menyebabkan kelemahan iman.