HTML/Protected

Right Click Disable

5C VS 5R


Rasullullah SAW bersabda yang bemaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” – HR Abu Asakir 


Dibawah ini terdapat apa yang dikatakan kategori 5C berdasarkan kelaziman kaum hawa didalam mencari lelaki idaman mereka.

C – Career (Kerjaya)

C – Cash (Wang Tunai)

C – Car (Kereta)

C – Condo (Kondo)

C – Credit Card (Kad Kredit)

Inilah 5C yang sering dicari oleh gadis-gadis zaman sekarang……cuba kita tengok kemana perkara ini akan membawa kita.

Career (Kerjaya)
Sebagai menampung keperluan hidup.

Cash (Wang Tunai)
Untuk perbelanjaan harian.

Car (Kereta)
Untuk pengangkutan harian.
Pembelian secara kadar bayaran ansuran (Hutang).

Condo (Kondo)
Untuk penginapan.
Pembelian dengan harga mewah dalam kadar ansuran (Hutang).

Credit Card (Kad Kredit)
Pembayaran cara mudah yang dibuat melalui pinjam bank.
Skim pakai dulu bayar kemudian (Hutang).


Tiga daripada perkara disebut berakhir dengan menanggung hutang…Bermakna, hasil gaji bulanan terpaksa diketepikan demi melangsaikan hutang. Untuk itu terpaksa juga bekerja lebih masa kerana ingin mendapat pendapatan lebih, dan juga bermakna terpaksa mengurangkan masa dengan keluarga.


Inikah yang anda inginkan dari seorang kekasih, tunang atau suami anda. Dimana kebahagian jika awal-awal sudah dibelit tali pingang hutang dan juga ketiadaan waktu untuk bersama


Ini pula kategori 5R yang sepatutnya dicari oleh kaum hawa dalam memilih lelaki idaman mereka.


R – Religion (Agama)

R – Responsible (Tanggungjawap) 

R – Respect (Hormat) 

R – Reliable (Boleh Diharap / Ringan Tulang) 

R – Romance (Penyayang)


Inilah yang sepatutnya dicari dalam diri seorang lelaki yang ingin kaum hawa menjadikan sebagai suami. Mari kita tengok pula kemana ia akan membawa kita.

R – Religion (Agama)
Dapatlah dia menjadi imam, pemimpin dan ketua dalam rumahtangga.
Dapat membimbing isteri dan anak-anak kejalan yang diredhai Allah.

R – Responsible (Tanggungjawap)
Dia mampu menjadi suami dan ayah yang dapat menyediakan keperluan kehidupan buat keluarganya disamping menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang umat Islam.

R – Respect (Hormat)
Seorang lelaki yang hormat pada orang tuanya akan      juga menghormati orang tua pasangannya. Dia yang menghormati adik beradiknya, akan menghormati pasangannya. Dia yang menghormati kaum kerabatnya, akan menghormati kaum kerabat pasangannya.

R – Reliable (Boleh Diharap / Ringan Tulang)
Dia yang boleh diharap oleh orang tuanya, dimana dia ringan tulang apabila diminta tolong, seorang yang rajin bekerja, membantu dalam urusan keperluan harian akan mampu membantu isteri dalam urusan dalam rumah termasuklah menguruskan dan menjaga anak-anak.

R – Romance (Penyayang)
Seorang lelaki yang penyayangi jika dia menyayangi orang tuanya, adik beradiknya, ambil berat tentang mereka disekelilingnya, maka dia juga akan menyayangi isteri dan anak-anaknya, akan memberi sepenuh tumpuan dan perhatian pada keluarganya. Dia juga tidak akan mengasari mereka walaupun dengan hanya kata-kata.


Rasullullah SAW bersabda:
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Berdasarkan hadith ini, untuk kaum adam selamat didunia dan akhirat maka diutamakan memilih kaum hawa yang beragama. Tapi ingatlah kaum adam, kalian juga perlu beragama untuk memimpin kaum hawa. Kerana, dia, kaum hawa tidak memikul dosa-dosa sang suami tapi sebaliknya, kelalaian kalian dalam membimbing akan menjerumuskan kalian keneraka bersama-sama dengan isteri-isteri kalian.

 

Daripada penulisan diatas, itu tidak bermakna kita menolak nikmat dunia tapi haruslah diimbangi dengan nilai-nilai keagamaan supaya kita tidak dilalaikan oleh dunia semata sehinggakan kita terlupa akan akhirat yang menanti kita. Keseimbangan itu perlu. Jadikanlah dunia ini tangga, batu loncatan buat kita menuju akhirat yang abadi kelak.


Nah, marilah kita tinjau, lelaki dari kategori manakah yang akan muslimah pilih…..Yang 5C kah? Atau…..Yang 5R kah?


Lelaki tak semuanya sama.. begitu juga dengan perempuan.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman, InsyaAllah.





Tanda 100 Hari Sebelum Mati


TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 





Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Rasullullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." –HR At-Tabrani, Ahmad & Al-Baihaqi

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi, bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman:

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)

Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji? – QS Al-Ankabut[29]:2

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sebab Yang Menghilangkan Kerasnya Qalbu


Sedangkan sebab-sebab yang dapat menghilangkan kerasnya qalbu juga ada beberapa:

1.         Banyak Berzikir Kepada Allah Dengan Qalbu Dan Lisan Secara Beriringan

Al-Mu’allaa bin Ziyad berkata: “Sesungguhnya ada seorang laki-laki berkata kepada Al-Hasan: “Wahai Abu Sa’id, aku hendak mengeluhkan padamu kekerasan qalbuku”. Al-Hasan berkata: “Dekatkan ia dengan dzikir’.”

Wahb bin Al-Wird berkata: “Kami timbang-timbang perkataan ini. Maka tidak ada sesuatu yang kami temukan lebih halus untuk qalbu dan lebih dapat mengantarkan kebenaran daripada membaca Al-Quran bagi orang yang mentadabburinya.

Yahya bin Mu’adz dan Ibrahim Al-Khowash keduanya berkata: “Obat qalbu itu lima perkara: membaca Al-Quran dengan tafakkur, kosongnya perut, shalat malam, bermunajat kepada Allah menjelang subuh dan bermajlis dengan orang-orang shaleh.

Dan dalil tentang menghilangkan kekerasan qalbu dengan dzikir adalah firman Allah:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” – QS Ar-Rad[13]:28

Dan firman Allah:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَاباً مُّتَشَابِهاً مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang , gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.” –QS Az-Zumar[39]:23

Dan firman Allah:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka).” –QS Al-Hadid[57]:16

Dan dalam hadith Abdul Aziz bin Abi Rawwad secara mursal, dari Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya qalbu-qalbu ini berkarat sebagaimana berkaratnya besi.Ada yang bertanya: “Lalu apakah yang bisa menghilangkan karat tersebut wahai Rasullllah?” Baginda menjawab: “Membaca kitab Allah dan banyak berzikir kepada-Nya.

2.         Berbuat Baik Kepada Anak-Anak Yatim Dan Orang-Orang Miskin

Ibnu Abid Dun-ya meriwayatkan: Ibnul Ja’d menceritakan kepada kami (dia berkata), Hammad bin Salamah menceritakan kepadaku, dari Abu ‘Imron Al-Jauniy, dari Abu Hurairah: Ada seorang laki-laki yang mengadukan kekerasan qalbunya kepada Rasullullah SAW. Lalu Baginda bersabda: “Kalau kamu ingin qalbumu menjadi lembut maka usaplah kepala anak yatim dan berilah makna orang-orang miskin.” Sanad hadis ini baik.
Lafaz ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Mahdi dari Hammad bin Salamah. Dan dia juga diriwayatkan oleh Ja’far bin Musafir (dia berkata): Mu`ammal menceritakan kepada kami (dia berkata), Hammad menceritakan kepada kami, dari Abu ‘Imron, dari Abdullah bin Ash-Shoomit, dari Abu Dzar, dari Rasullullah SAW. Dan sepertinya, ini tidak dihafal dari Hammad.
Lafaz ini juga diriwayatkan oleh Al-Jawzajaaniy (dia berkata): Muhammad bin Abdillah Ar-Roqqoosyiy menceritakan kepada kami (dia berkata), Ja’far menceritakan kepada kami (dia berkata), Abu ‘Imron Al-Jauniy menceritakan kepada kami secara mursal.
Inilah riwayat yang lebih tepat, karena Ja’far itu lebih hafal hadith Abu ‘Imron daripada Hammad bin Salamah.

Abu Nu’aim meriwayatkan dari jalan Abdurrozaq dari Ma’mar, dari seorang sahabatnya: bahwa Abu Ad-Darda` menulis surat kepada Salman: “Sayangilah anak yatim dan dekatkanlah ia kepadamu. Berilah ia makan dari makananmu karena sesungguhnya aku mendengar Rasullullah SAW bersabda - ketika beliau didatangi oleh seorang laki-laki yang mengeluhkan kekerasan qalbunya. - Dekatkanlah anak yatim kepadamu dan usaplah kepalanya serta berilah ia makan dari makananmu karena sesungguhnya itu akan melembutkan qalbumu dan membuatmu mampu memenuhi kebutuhanmu.
Abu Nu’aim berkata: dan hadith ini juga diriwayatkan oleh Jabir dan Al-Muth’im bin Al-Miqdaam, dari Muhammad bin Waasi’ bahwa Abu Dardaa` menulis surat kepada Salman.. (seperti hadith di atas).

Abu Tholib menukil bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Abu Abdillah –maksudnya Ahmad bin Hanbal–: “Bagaimanakah qalbuku bisa lembut?” Ahmad bin Hanbal berkata: “Masukilah tempat pemakaman dan usaplah kepala anak yatim.

3.         Banyak Mengingat Kematian

Ibnu Abid Dun-ya meriwayatkan dengan sanadnya, dari Mansur bin Abdirrohman, dari Shofiyyah dia berkata: Ada seorang wanita yang datang kepada Aisyah mengeluhkan kekerasaan qalbunya. Maka Aisyah RA berkata: “Perbanyaklah mengingat kematian maka qalbumu akan lembut dan engkau akan mendapatkan apa yang kau inginkan.” Shofiyyah berkata: “Maka wanita itu mengerjakan apa yang disarankan oleh Aisyah, dan ia pun merasakan hidayah dalam qalbunya. Ia pun datang kembali dan berterima kasih kepada Aisyah RA”.

Lebih dari seorang dari kalangan ulama Salaf -termasuk di antaranya Sa’id bin Jubair dan Robi’ bin Abu Rosyid- yang telah berkata: “Seandainya mengingat kematian itu lenyap dari qalbu kami walaupun sesaat saja, maka rusaklah qalbu kami.

Dalam As-Sunan, dari Rasullullah SAW, bersabda: “Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan.” yaitu: Kematian.

Dan diriwayatkan secara mursal dari ‘Athoo` Al-Khuroosaaniy, dia berkata: “Rasullullah SAW melewati sebuah majlis yang dipenuhi gelak tawa, maka beliau berkata: “Seriuskanlah majlis kalian dengan mengingat pengeruh kenikmatan.” Para Sahabat berkata: “Apakah pengeruh kenikmatan itu wahai Rasullullah?” Baginda menjawab: “Kematian.

4.         Ziarah Kubur Dengan Memikirkan Keadaan Para Penghuninya Dan Tempat Kembali Mereka

Dan telah berlalu ucapan Imam Ahmad kepada orang yang bertanya kepadanya mengenai apa yang dapat melembutkan qalbu. Beliau berkata: “Masuklah ke tempat pemakaman.

Dan telah shahih dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah, Rasullullah SAW  bersabda: “Ziarahilah pekuburan, kerana itu akan mengingatkan kepada kematian.

Dan dari Buraidah, sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Aku pernah melarang kalian dari menziarahi kuburan, maka (sekarang) ziarahilah karena itu mengingatkan kalian kepada akhirat.” – HR Ahmad & At-Tirmizi dan ia menshahihkannya

Dari Anas: Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda: “Aku pernah melarang kalian dari menziarahi kuburan. Kemudian telah nampak bagiku bahwa ia dapat melembutkan qalbu dan membuat air mata berlinang serta mengingatkan pada akhirat. Maka ziarahilah pemakaman tapi janganlah kalian mengatakan kata-kata keji (di dalamnya).” – HR Imam Ahmad & Ibnu Abid Dun-ya

Ibnu Abid Dun-ya menyebutkan, dari Muhammad bin Sholih At-Tammaar, dia berkata: Shofwan bin Salim pernah beberapa hari mendatangi pemakaman Al-Baqii`, dan ia melewatiku. Lalu aku mengikutinya pada suatu hari. Aku berkata: “Demi Allah aku akan melihat apa yang sedang ia kerjakan.” Dia berkata: “Maka Shofwan bin Salim menutupi kepalanya dan duduk di salah satu makam. Kemudian ia terus menangis sampai-sampai aku kasihan kepadanya.” Dia berkata: “Aku mengira bahwa itu adalah makam salah satu keluarganya.” Dia berkata: “Kemudian ia melewatiku suatu kali, maka aku kembali mengikutinya. Ia lalu duduk di samping makam yang lain. Dan ia melakukan apa yang kemarin ini dia lakukan. Maka aku menyebutkan hal ini kepada Muhammad bin Al-Munkadir. Dan aku katakan: Sungguh, aku mengira bahawa itu adalah makam salah satu keluarganya.” Muhammad berkata: “Semuanya itu adalah keluarganya dan saudara-saudaranya. Hanya saja dia itu adalah seorang yang qalbunya tersentuh dengan mengingat orang-orang yang sudah meninggal, setiap kali qalbunya dihinggapi kekerasan.” Dia berkata: “Kemudian Muhammad bin Al-Munkadir setelah itu melewatiku dan dia juga mendatangi pemakaman Al-Baqi`. Maka aku mengucapkan salam kepadanya suatu hari.” Dan dia berkata: “Pelajaran dari Shofwan itu tidak bermanfaat apa-apa untukmu”. Dia berkata: “Aku mengira bahawa dia telah mengambil manfaat dari pelajaran yang pernah aku ceritakan padanya.

Dan disebutkan pula bahawa seorang wanita tua yang sering beribadah, pernah seringkali mendatangi kuburan. Maka ia ditegur atas perbuatannya itu. Lalu ia berkata: “Sesungguhnya qalbu yang keras itu kalau sudah kasar, tidak ada yang dapat melembutkannya kecuali dengan melihat pemandangan keusangan. Dan sungguh aku mendatangi kuburan, dan seolah-olah aku melihat mereka telah keluar dari permukaan tanah. Lalu seakan aku melihat wajah-wajah yang berdebu itu dan tubuh-tubuh yang telah berubah itu. Juga kain-kain kafan yang kotor itu. Duhai betapa pemandangan itu sedemikian tidak menyenangkan hati mereka. Betapa kepahitan jiwa itu menjadi sebuah pelajaran dan rusaknya badan itu menjadi hal yang sangat berat.

Ziyaad An Namiiriy berkata: “Tidaklah aku ingin untuk menangis melainkan aku hanya tinggal jalan saja.” Seorang laki-laki berkata padanya: “Bagaimana itu?”. Dia berkata: “Kalau aku menginginkannya (menangi), maka aku keluar menuju pemakaman. Lalu aku duduk di salah satu kuburan. Kemudian aku memikirkan keadaan mereka yang sudah hancur. Dan aku mengingat sisa waktu yang masih kita miliki.” Dia berkata: “Maka pada saat itulah keadaanku tersembunyi.


Aku katakan, dan Allah-lah yang Maha Pemberi Taufiq:
Apakah di negeri kehancuran ini kau masih saja membangun
Sedang bukan untuk membangun kau diciptakan
Waktu tak menyisakan bagimu alasan
Ia telah menasihatimu tapi kau tak mendengarkan
Setiap saat ia selalu memanggil untuk berangkat
Dan mengabarkan bahawa kaulah yang ia maksudkan
Ia perdengarkan panggilan dan kau terus mengabaikan
Seakan-akan kau tak pernah mendengarkan
Kau tahu bahawa ia adalah perjalanan panjang
Namun kau lalai menyiapkan perbekalan
Kau tidur sedang sang pemangsa waktu terus mengintai di belakangmu
dan tak pernah tidur, bagaimana bisa kau masih lalai?
Cacat kehidupan dunia ini betapa banyaknya
Sedang engkau sudah terbiasa mencintainya
Hilang usia dalam permainan dan bersenang-senang
Kalau kau berakal tentu kau takkan berlengah-lengah
Maka setelah mati yang ada hanya neraka
Bagi yang maksiat dan syurga bagi yang taat
Dan kau tak mungkin berharap kembali ke dunia
Untuk melakukan kebajikan yang pernah kau tinggalkan
Hari itu, diriku lah yang pertama kausalahkan
Kerana telah melakukan seperti yang kau kerjakan
Duhai diriku, apakah masih saja berlumur maksiat
Setelah empat puluh enam tahun masa telah lewat
Kuharapkan panjang umurku sehingga
bisa kulihat bekal perjalanan yang telah tersedia
Wahai dahan masa muda yang bergoyang penuh kesegaran
Telah berlalu waktu dan seakan kini kau beruban
Kau telah tahu, maka tinggalkanlah jalan kebodohan
Hati-hatilah dengan panggilan itu, sedang kau tak beramal
Wahai yang menghimpun harta, padaku tolong katakan
Apakah yang kau tumpuk bisa mencegahmu dari kematian
Wahai yang mencari pengaruh dan kekuasaan
agar perintahnya selalu dipatuhi oleh bawahan
Kau bersorak ke tahta tanpa kau pedulikan
kau seorang yang zalim ataukah yang berkeadilan
Tidakkah kau tahu bahawa pada saat ia kau raih
Sungguh, sebenarnya tanpa pisau kau sedang disembelih
Kesenangan pada saat kau diangkat menjadi penguasa
Takkan menggantikan kesedihan pada saat kau diturunkan
Jangan tunda lagi kerana waktu adalah pedang
Kalau tak bisa kau manfaatkan maka kau telah menyia-nyiakan
Kau lihat waktu telah mengusangkan dahan pepohonan
Dan melipat semua kesenangan yang pernah kau siarkan
Kau tahu sungguh dunia itu hanya mimpi belaka
Yang paling indah kau rasakan tiba-tiba hilang saat terjaga
Maka bagaimana kau terhalang meraih yang abadi
Dan dengan yang fana serta hiasannya kau dibuat sibuk
Itulah dunia yang kalau sehari menyenangkanmu
Ia akan membuatmu susah lebih lama dari hari senangmu
Ia menipumu bak fatamorgana, kau jalan kepadanya
Tanpa kau sedari bahawa kau telah terpedaya
Saksikan berapa banyak ia menghancurkan yang dicinta
Tapi kau bersikap seolah kau takkan tertimpa apa-apa
Kau kubur mereka dan pulang dengan penuh kegembiraan
Atas warisan dan perkebunan yang kau dapatkan
Dan kau lupakan mereka sedang esok kau pun kan fana
Seolah kau tak pernah tercipta dan tak pernah ada
Kau bercerita tentang mereka dan kau berkata: mereka sudah tak ada
Ya, mereka sudah tak ada, demi Allah, seperti kau pun dulu tak ada
Mereka kini jadi ceritamu, sedang esok kau yang jadi tinggal cerita
untuk orang lain, maka berbuat baiklah sekuat tenaga
Setelah mati, orang hanya tinggal jadi kenangan
Maka jadilah orang yang baik saat dikenang
Tentang sang paman yang telah tiada, tanyakan waktu
Dan tentang sang raja, dengan pertanyaan yang telah kau tahu
Bukankah kau lihat rumah mereka kini tak berpenghuni
Dan segala yang kau kenal, kini kau ingkari
Dan di antaranya: memandangi negeri orang-orang yang hancur,
dan mengambil ibrah dari jejak-jejak orang terdahulu.

Ibnu Abid Dun-ya meriwayatkan dalam kitab “At-Tafakkur Wal I’tibaar”, dengan sanadnya dari Umar bin Saliim Al-Baahiliy, dari Abul Waliid, bahwa dia berkata: “Ibnu Umar dulu kalau ia hendak menata qalbunya, ia mendatangi bangunan yang telah hancur, kemudian ia berdiri di pintu bangunan tersebut. Lalu ia berseru dengan suara sedih dan berkata: Kemanakah penghunimu? Kemudian ia merenung dan berkata: Segala sesuatunya akan hancur kecuali wajah-Nya.

Ibnu Abid Dun-ya juga meriwayatkan dalam kitab “Al-Qubuur” dengan sanadnya, dari Muhammad bin Qudaamah, dia berkata: “Ar-Robii` bin Khutsaim dulu kalau ia merasakan kekerasan pada qalbunya, maka dia mendatangi rumah seorang temannya yang telah meninggal, pada malam hari. Lalu dia berseru: Wahai fulan bin fulan! Wahai fulan bin fulan! Kemudian dia berkata: Duhai, apa yang sudah kamu kerjakan dan apa yang sedang diperbuat kepadamu? Lalu dia menangis hingga bercucuran air matanya. Karena ia tahu bahwa dirinya akan seperti itu.

5.         Makan Makanan Yang Halal

Abu Nu’aim dan yang lainnya telah meriwayatkan, dari jalan Umar bin Sholih Ath-Thurthusiy, dia berkata: “Aku pergi bersama Yahya Al-Jalaa.” –dan ada yang mengatakan kalau dia adalah salah seorang Abdaal– ke Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, lalu aku bertanya kepadanya. Dan pada saat itu ia bersama Buuroon dan Zuhair Al-Jammaal. Lalu aku berkata: “Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Abdillah, dengan apakah qalbu itu menjadi lembut?” Maka ia memandangi sahabat-sahabatnya dan memberi isyarat dengan matanya. Kemudian dia menundukkan kepalanya lalu mengangkat kepalanya dan berkata: “Wahai anakku, dengan memakan makanan yang halal.

Kemudian aku berpapasan dengan Abu Nashr Bisyr bin Al-Haarits sebagaimana biasanya. Maka aku katakan padanya: “Wahai Abu Nashr, dengan apakah qalbu itu menjadi lembut?” Dia berkata: “Ketahuilah bahawa dengan zikir kepada Allah, qalbu itu menjadi tenang.” Aku berkata: “Aku datang dari Abu Abdillah.” Ia berkata: “Apa yang Abu Abdillah katakan padamu?” Aku berkata: “Dengan memakan yang halal.” Dia berkata: “Dia telah menjawab dengan jawapan yang paling mendasar. Dia telah menjawab dengan yang paling mendasar.

Lalu aku berpapasan dengan Abdul Wahab Al-Warrooq, dan aku berkata: “Wahai Abul Hasan, dengan apakah qalbu itu menjadi lembut?” Dia berkata: “Ketahuilah bahawa dengan zikir kepada Allah, qalbu itu menjadi tenang” Aku berkata: “Sungguh aku datang dari Abu Abdillah.” Maka merahlah pipinya kerana begitu senangnya. Dia berkata padaku: “Apa yang Abu Abdillah katakan?” Aku berkata: “Dengan memakan yang halal.” Dia berkata: “Dia telah menjawabmu dengan jawapan yang inti. Dia telah menjawabmu dengan yang inti. Hal mendasar ini adalah kesempurnaan hal mendasar yang ini.

Sebahagian orang ada yang menyebutkan perkataan darinya: “Kau telah menukil sebuah ayat, tapi kau luput menjawab dengan yang lebih tepat.
Segala puji hanya bagi Allah semata.









(Sumber: Risaalah Fii Dzammi Qoswatil Qolbi, karangan Ibnu Rajab Al-Hanbaliy)

Sebab-Sebab Kerasnya Qalbu



Adapun sebab-sebab kerasnya qalbu itu sekian banyak.

Di antaranya:

1.         Banyak bicara tanpa disertai dengan dzikir kepada Allah.

Rasullullah SAW bersabda: “Janganlah kalian banyak berbicara tanpa disertai dengan zikir kepada Allah, karena kebanyakan berbicara tanpa disertai berzikir kepada Allah, dapat mengeraskan hati, dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang paling keras hatinya.” – HR At-Tirmizi

2.         Melanggar perjanjian dengan Allah SWT

Allah SWT berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً

(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu” –QS Al-Maaidah[5]:13

3.                  Banyak tertawa

Di dalam Sunan At-Tirmidzi, dari Al Hasan, dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasullullah SAW bersabda: “Janganlah kalian memperbanyak tawa, karena sesungguhnya banyak tawa itu akan mematikan qalbu.” HR - Al-Hasan

Ibnu Majah meriwayatkan dari jalan Abu Roja` Al-Jazari, dari Burdun bin Sinan, dari Makhul, dari Watsilah bin Al-Asqo’, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasullullah SAW bersabda: “Banyaknya tawa itu mematikan qalbu.

Dan dari jalan Ibrahim bin Abdullah bin Hunain, dari Abu Hurairah, dari Rasullullah SAW.Di antara sebab lainnya adalah:

4.                  Banyak makan

Apalagi kalau makanan itu berasal dari sesuatu yang syubhat atau yang haram. Bisyr bin Al-Harits berkata: “Dua hal yang mengeraskan qalbu, banyak bicara dan banyak makan.” Disebutkan oleh Abu Nu’aim.

Al-Marrudziy menyebutkan dalam kitab Al-Waro’, ia berkata: aku berkata kepada Abu Abdillah –maksudnya Ahmad bin Hanbal–: “Apakah seseorang dapat merasakan kehalusan dari qalbunya dalam keadaan kenyang?” Ahmad bin Hanbal berkata: “Saya pandang tidak.

5.                  Banyaknya dosa

Allah SWT berfirman:

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” – QS Al-Muthaffiffiin[83]:14

Di dalam Al-Musnad dan Sunan At-Tirmidziy, dari Abu Hurairah dari Rasullullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mu`min apabila ia berdosa, maka ada bintik hitam di qalbunya. Maka kalau ia bertaubat dan berhenti serta memohon ampun, digilapkanlah qalbunya. Dan kalau ia terus berdosa, bertambah pula bintik hitam itu sampai menumpuk pada qalbunya. Itulah ‘tutupan’ yang Allah sebutkan dalam kitab-Nya:
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” HR - At-Tirmizi (Shahih)

Sebahagian Salaf berkata: “tubuh itu kalau tak mengenakan apa-apa, terasa ringan. Demikian pula qalbu (akan terasa ringan) kalau sedikit kesalahannya dan mudah meneteskan air mata.

Dan berkaitan dengan makna ini, Ibnul Mubarok berkata:
Kulihat dosa itu mematikan qalbu
Dan ketagihan dengannya membuatmu hina
Meninggalkan dosa itulah kehidupan qalbu
Dan lebih baik bagimu untuk menentangnya.









(Sumber: Risaalah Fii Dzammi Qoswatil Qolbi, karangan Ibnu Rajab Al-Hanbaliy)