HTML/Protected

Right Click Disable

Kosong

بسم الله الرحمنالرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة




Kosong itu nikmat kerana kita diberi kesempatan mengisi kekosongan itu dengan menuntut ilmu, melakukan amal & menambahkan keimanan.
Usah disesakkan dengan keinginan dunia kelak kamu akan senak hati, lantas jiwamu akan menjadi semak samun dengan noda, dosa, fitnah & kemungkaran. Tapi, salutilah ia dengan duri-duri ilmu & takwa, amal & tawadhu' serta keimanan yang tulus, utuh & teguh.

Usah biarkan kekosong itu dipenuhi dengan tipu daya serta fitnah dari iblis/syaitan laknatullah. Isikanlah ia dengan cahaya keimanan dari hatimu yang ikhlas keranaNYA.

Hijrahlah....dari hari kehari, jam ke jam, minit ke minit, saat ke saat....kerana kamu tidak akan tahu bila nafasmu akan terhenti. Hijrahlah, bukan sahaja dari kejahatan kepada kebaikkan tapi juga dalam segi ibadah, amal & takwa Lillahi Ta'ala. Perbaikilah ibadahmu dari saat ke saat, pastikan ia bertambah baik, bertambah mampat, bertambah padat....bukan semakin berkurang....

Itulah penghijrahan sebenar seorang mukmin....sentiasa memperbaiki diri dalam ibadahnya bukan mengurangi akan amalannya. Kita wajar berhijrah pada tiap saat.....kerana penghijrahan kita yang sebenar tidak kita tahu kapan masanya....Saat dia datang tidaklah dapat kamu menundakannya walau sesaat mahupun mempercepatkannya walau sesaat juga. Itulah hijrah kita disaat sakarat....

Oleh itu marilah kita muhasabah diri....saling ingat mengingatkan, tegur meneguri, tarbiahi, didiki & saling melengkapi agar kita saling dapat berpimpinan.... Mari kita perbaiki diri....itulah contoh terbaik buat yang mengenali....


Kosongkanlah jiwa kita dari keduniaan yang penuh tipu daya ini….
Kosongkanlah hati kita dari segala yang melekakan…..
Kosongkanlah pemikiran kita dari mencari hanya kekayaan duniawi….
Isikanlah jiwa kita dengan amalan buat hari kemudian…..
Isikanlah hati kita dengan zikrullah & tawadhu’ kepada Allah….
Isikanlah pemikiran akan bekalan dan kekayaan buat hari akhirat….




˙·٠•●❤ Putri Cahya Qaseh ●•٠·˙
♥♥♥ Siti Habibah 

1 comment: