بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ
1. Kebodohan.
Enggan menerima nasihat, dan sentiasa beranggapan bahawa diri betul.
2. Amarah
merupakan bara dari api neraka, dan itu merupakan kesempatan bagi syaitan untuk
mengganggu. Akhirnya menjadikan seseorang itu bersifat pemarah, Ghadab.
3. Cinta
keduniaan, sebab ia merupakan pangkal segala kesalahan.
4. Hubbul
Mal, kebendaan. Ia bermula dari berangan-angan, sebab ia merupakan ekspresi
kekerasan hati, tiupan terhadap harga diri dan sasarannya tentu kesenangan
duniawi.
5. Cita-cita,
kerana ia melahirkan perasaan tamak dan membangkitan kerakusan.
6. Bukhul,
kikir. Ia merupakan pintu kerosakkan.
7. Kibr
iaitu sombong dimana adanya kesombongan terhadap nikmat Allah.
8. Tafahur,
membangga diri bermula dari suka dipuji, itu merupakan pintu tipu daya.
9. Riyak,
suka mempamerkan kelebihan.
10. Ujub,
merasakan diri sudah sempurna.
11. Suma,
mencari nama atau kemasyhuran. Melakukan pekerjaan hanya ingin mendapat gelaran
dan glamor.
12. Mengeluh
dan tidak sabar, yang bererti merupakan kelemahan iman.
13. Mengikuti
hawa nafsu, kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat dan tunduk kepadanya.
14. Kizib,
dusta. Orang yang suka berkata selain dari yang benar, erti kata lain yang suka
berbohong.
15. Khianat,
munafik. Orang yang pecah amanah, yang mengingkari janji.
16. Ghibah,
iaitu pengumpat yang suka bercerita dibelakang orang lain, Naminah. Sifat yang
boleh melagakan dua pihak.
17. Suuz
Zhan, kerana ia dapat menimbulkan hubungan yang tidak tenang dan segala
sesuatunya hanya didasarkan kepada prasangka & bersangka buruk sahaja.
18. Hasad,
iri hati kepada kelebihan dan kesenangan yang diperolehi oleh orang lain.
19. Meremehkan
orang lain, kerana ia merupakan kebun kedengkian dan pintu kebencian. Itulah
Haqad, sifat dengki atau benci.
20. Menganggap
remeh dosa, kerana ia menimbulkan sikap acuh terhadap dosa itu, meremehkan dosa
kecil dan akhirnya dapat menyeret kepada dosa besar.
21. Merasa
aman dengan murka Allah.
22. Putus
asa dari rahmat Allah. Ini merupakan bencana paling besar yang mendorongnya
terus menerus berbuat derhaka kepada Allah dan menganggap sempit dunia yang
luas terbentang ini.
Masih banyak lagi perkara yang menjadi jalan masuk
syaitan ke dalam hati manusia. Dimana ia juga adalah penyakit bagi hati yang
boleh mengundang bencana kepada manusia itu sendiri. Kebanyakkan perkara yang
terjadi adalah diluar kesedaran manusia itu sendiri disebabkan kekurangan ilmu,
amal lantas menyebabkan kelemahan iman.
No comments:
Post a Comment