بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
الرَحِيْمِ
Doa Akhir Tahun dibawah ini
dibacakan pada setelah solat asar dan sebelum masuk waktu maghrib.
Doa Akhir Tahun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
الرَحِيْمِ
اَلْحَمْدُ اِللهِ رَبِّ الْعَالَمِبْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ. اَلَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا
عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ
عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْ بَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ
بَعْدَ جُرْأَتَنَا عَلَى مِعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا،
وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ
فَنَسْأَلَكَ الَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْاِكْرَامِ أَنْ تَتَقَّبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَتَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَاكَرِيْمٌ. رَبَّنَا اٰتِنَا فِى
الدَّنَيَا حَسَنَةً وَفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَالنَّارِ. وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ
لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi
Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara
semesta alam, selawat dan salam keatas penghulu sekelian Rasul dan keatas
keluarganya dan sahabatnya sekelian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak
sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau
melupainya dan Engkau berlemah lembut keatas kami walaupun Engkau berkuasa atas
menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah
kami melakukan maksiat keatas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan
Engkau, maka ampunilah dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau
redhainya ada Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka
kami mohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan
harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang Mulia.
Wahai Tuhan Kami, Kurniakanlah kami
kebahagiaan didunia dan kebahagian diakhirat dan peliharalah kami akan azab api
neraka.
Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas
junjungan besar Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya dan segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam.
Doa Awal Tahun bawah ini dibacakan selepas solat maghrib.
Doa Awal Tahun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ
الرَحِيْمِ
اَلْحَمْدُ اِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِبْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيْدِنَا مُحَمْدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَلَلَّهُمَّ
أَنْتَ الأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْاَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ
وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ. وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ عَلَيْنَا. نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنَوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هٰذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارِةِ
بِالسُّوْءِ وَالْإِشْتِغَالَ بِمَايُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ
يَامُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُيَامُتَعَالُ. رَبَّنَا اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِى ا لْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi
Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara
semesta alam, selawat dan salam keatas semulia-mulia nabi Rasul iaitu penghulu
kami nabi Muhammad SAW dan keatas keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Ya
Allah, Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang
besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang
sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan
padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan diatas nafsu yang banyak
mendorong kepada kejahatan, dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah,
Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi
lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan Kami, Kurniakanlah kami
kebahagiaan didunia dan kebahagian diakhirat dan peliharalah kami akan azab api
neraka.
Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas
junjungan besar Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya dan segala puji bagi
Allah, Tuhan sekelian alam.
No comments:
Post a Comment