بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْمِ
10 Muharram, dinamakan juga dengan
Hari ‘Asyura. Pada hari itu banyak terjadinya peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dalam menegakkan
keadilan dan syiar Islam.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
Hari pertama Allah
menciptakan alam.
Hari pertama Allah
menurunkan Rahmat.
Hari pertama Allah
menurunkan hujan.
Allah menjadikan
‘Arasy, bulan, bintang, matahari dan cakrawala.
Allah menjadikan
Lugh Maghfuz, Kalam.
Allah menjadikan
alam, langit dan bumi.
Allah menjadikan
Malaikat Jibril & para Malaikat
Allah menjadikan
Syurga.
Allah menciptakan
Nabi Adam.
Allah menjadikan
Siti Hawa.
Nabi Adam bertaubat
kepada Allah.
Nabi Idris diangkat
oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh
diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama
enam bulan.
Nabi Ibrahim
diselamatkan Allah dari kebakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan
kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf
dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi
Yaakub yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub
dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat
keluar dari perut ikan paus setelah berada didalamnya selama 40 hari, 40 malam.
Laut Merah terbelah
dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Fir’aun dan pengikutnya.
Fir’aun dan pengikutnya
tenggelam ke dalam Laut Merah.
Kesalahan Nabi Daud
diampuni Allah.
Nabi Sulaiman
dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa diangkat
ke langit.
Amalan-Amalan Sunat Pada Hari ‘Asyura:
Berpuasa –
Pahalanya seperti mengerjakan haji, umrah dan mati syahid.
Mandi dan
membersihkan diri - Nescaya hatinya
tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
Melebihkan
perbelanjaan dalam keluarga – Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh
keamanan dan kesihatan.
Mengusap kepala
anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya ke syurga.
Sesiapa yang
berbuat baik terhadap anak yatim pada hari ‘Asyura, seolah-olah ia telah
berbuat baik pada semua anak yatim.
Menziarahi orang
alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya – Pahalanya seperti
orang Muhajirin dan Ansar.
Menziarahi orang
sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sakit.
Bersedekah –
Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah
ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
Membaca Surah
Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali – Doanya dimakbulkan Allah.
Sunat bercelak mata
– InsyaAllah tidak akan terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah
daripada perkara-perkara maksiat.
Sunat menginai dan
mengerat kuku.
Menjamu dan memberi
minum kepada orang – Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana
dengan seteguk air itu tidak akan terasa haus/dahaga buat
selama-lamanya.
Solat Sunat 4 raka’at
dengan 1 salam pada waktu Asar -
Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
Memperkukuhkan
silaturrahim – InsyaAllah dipanjangkan usianya.
Memperbanyakkan
zikir dan selawat. –
حَسْبُنَ اللهُ وَنِعْمَ الْوكِيْلُ
“Cukuplah
Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik penolong” – Ali Imran [3]:173
Keutamaan Muharram:
“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah,
beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau, Nabi
SAW bertanya, “Hari apa ini?” Orang-orang Yahudi memjawap, “ Ini adalah hari
baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS
berpuasa pada hari ini.” Nabi SAW bersabda, “Saya lebih berhak
mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). “ Maka beliau berpuasa pada
hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya.” – Hadith Riwayat
Al-Bukhari
Muharram juga memiliki banyak
keutamaan. Salah satunya adalah sebagaimana sabda Rasullullah SAW: “Puasa yang
paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram, sedang
solat yang paling afdhal sesudah solat fardhu adalah solat malam.” – Hadith
Riwayat Muslim
Puasa pada bulan Muharram yang
sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, yaitu yang lebih dikenal
dengan istilah ‘asyura.
Saidatina Aisyah RA, pernah ditanya
tentang puasa ‘asyura, beliau menjawap; “Aku tidak pernah melihat
Rasullullah SAW puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan
fadhilat pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari
kesepuluh Muharram.” – Hadith Riwayat Muslim
Kebiasaan berpuasa di hari ‘Asyura
ini sepertinya sudah dilakukan Nabi SAW sejak awal kenabian. Hal ini tersirat
dalam hadith berikut:
Dari Aisyah RA, ia mengisahkan; “Dahulu
Rasullullah SAW memerintahkan untuk berpuasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa
Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh
berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka.” –
Hadith Riwayat Al-Bukhari
Jadi setelah diwajibkannya berpuasa
dalam bulan Ramadhan, puasa Muharran di hari ‘Asyura menjadi sunnah hukumnya. Sebelumnya
Rasullullah SAW sangat menekankan agar kaum muslimin berpuasa di hari ke sepuluh
bulan Muharram itu.
Keutamaan puasa ini juga sangat
besar sehingga Nabi SAW menekan dalam hadithnya: “Puasa yang paling utama
setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) dibulan Allah (bulan) Muharram.” –
Hadith Riwayat Muslim
Dan tentang puasa ‘Asyura, pahalanya
adalah pengampunan atas dosa setahun sebelumnya:
Dari Abu Qatadah RA: “Dan puasa
di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah supaya menggugurkan dosa
setahun yang lalu.” – Sunan Abu Daud
Puasa Muharran atau ‘Asyura
sebagaimana tersirat kata ‘asyura adalah pada 10 Muharram. Namun ada riwayat
yang mengatakan Rasullullah SAW akan berpuasa melaksanakan puasa ini pada
tanggal 9 Muharram sebagai cara untuk tidak menyamai dengan orang-orang Yahudi
dan Nasrani yang pada saat itu merayakan hari ‘asyura. Namun hal ini belum
sempat dilakukan Rasullullah SAW kerana baginda telah wafat. “Jikalau masih
ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram).” –
Hadith Riwayat Muslim
Dan dari Ibnu Abbas juga,
Rasullullah SAW bersabda:
“Puasalah kalian pada tanggal
sembilan dan sepuluh, bezakanlah dari orang-orang Yahudi.” – Hadith Riwayat
Muslim.
Sebahagian besar ulama berpendapat
bahawa pelaksanaan puasa yang paling selamat adalah tanggal 9 dan 10 Muharram. Tanggal
10 Muharram sebagai kebiasaan Nabi SAW sebelumnya dan di tambah dengan puasa
tanggal 9 (puasa Tasyu’a) sebagai pembeza dengan kebiasaan orang-orang Yahudi
dan Nasrani.
Kelebihan puasa ‘Asyura:
Dalam hadith, Rasullullah ada
menyatakan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA
katanya; “Rasullullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9
Dzulhijjah). Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan
yang akan datang.” Kemudian Baginda ditanya pula tentang puasa hari ‘Asyura (10
Muharram). Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu.”
– Hadith Riwayat Muslim
Kata pengarang: Apapun...amalan yang
sedikit tapi berkekalan itulah yang lebih elok dan digalakkan dalam islam.
Tunaikanlah yang fardhu dan wajib, disamping yang sunah itu sebagai penambahan.
Jangan dikejar hanya pada amalan mengikut musiman tapi peliharalah amalan
harian kita, kerana yang lebih mulia adalah amalan wajib yang tidak pernah
ditinggalkan. Malah sentiasa diperbaiki dan diperhalusi... Wallahu’alam...
No comments:
Post a Comment