HTML/Protected

Right Click Disable

Solat Sunat Taubat (1)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Raka’at sebenar tidak terbatas. Selepas tiap-tiap dua raka’at diberikan salam.

Lafaz niat:
اُصَلِّى سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالـٰى
Ualli sunnatal taubati rak’ataini lillāhi ta’alā.
Aku salat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala.

Raka’at Pertama:
Doa ‘Iftitah                                                  
Sūratul Fātihah                                                                سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Āyatul Kursī (1,3,7,11,21 hingga 41 kali)                     آيَةُ الْكُـرْسِـىْ

Raka’at Kedua:
Sūratul Fātihah                                                                سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Sūratul Ikhlās (1,3,7,11,21 hingga 41 kali)             سُورَةُ ٱلاِخْلٰاصْ

Bacaan didalam sujud terakhir:
لَآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنّٖى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَۚ
Lā ilāha illā anta subānak(a), innī kuntu mina ālimīn(a).
Tidak ada Tuhan melainlan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. (40kali)


v  Sunnah membaca Doa ’Iftitah pada raka’at pertama sebelum membaca Sūratul Fātihah.
v  Membaca surah selepas Sūratul Fātihah adalah sunnah, boleh baca mana-mana surah yang bersesuaian dan telah dikuasai dan dihafal.
v  Surah kedua yakni surah yang dibaca selepas Sūratul Fātihah boleh dibaca dengan bilangan ganjil iaitu 1,3,7,11,21 sehingga 41 kali, berdasarkan kemampuan.



وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



No comments:

Post a Comment