بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Raka’at
sebenar tidak terbatas. Setiap dua raka’at, berikan salam.
Lafaz
niat:
اُصَلِّى
سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالـٰى.
Uṣalli sunnatal taubati
rak’ataini lillāhi ta’alā.
Aku salat sunat taubat dua raka’at kerana
Allah Ta’ala.
Raka’at Pertama:
Doa ‘Iftitah
Sūratul Fātihah سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Sūratul Kāfirūn (1,3,7,11,21
hingga 41 kali) سُورَةُ ٱلكَافِرُونَ
Raka’at Kedua:
Sūratul Fātihah سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Sūratul Ikhlās (1,3,7,11,21
hingga 41 kali) سُورَةُ ٱلاِخْلٰاصْ
Selepas memberi salam baca doa ini:
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْم
اَلَّذِى لَااِلٰهَ اِلَّاهُوَالْحَىُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ
عَبْدٍ ظَالِمٍ لَايَمْلِكَ لِنَفْسِهِ ضَرًّاوَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتًا وَلَا
حَيَاةً وَلَا نُشُوْرًا.
Astagfirullāhal’aẓim allāżī lāilāha illā huwalḥayyul qayyūmu wa atūbu
ilaihi taubata ’abdin ẓālimi(n) lāyamlika linafsihi ḍarān walā naf’ān walā
hayātān walā nusyūrā(n).
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha
Agung yang tiada tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Aku bertaubat
kepadaNYA selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai
akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak
dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan
v
Sunnah membaca Doa ’Iftitah pada raka’at pertama sebelum
membaca Sūratul Fātihah.
v
Membaca surah selepas Sūratul Fātihah adalah sunnah,
boleh baca mana-mana surah yang bersesuaian dan telah dikuasai dan dihafal.
v
Surah kedua yakni surah yang dibaca selepas Sūratul
Fātihah boleh dibaca dengan bilangan ganjil iaitu 1,3,7,11,21 sehingga 41 kali,
berdasarkan kemampuan.
وَالسَّلَامُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
No comments:
Post a Comment