HTML/Protected

Right Click Disable

Solat Sunat Taubat (3)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Raka’at sebenar tidak terbatas. Selepas tiap-tiap dua raka’at diberikan salam.

Lafaz niat:
اُصَلِّى سُنَّةَ الْتَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالـٰى.
Ualli sunnatal taubati rak’ataini lillāhi ta’alā.
Aku salat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala.

Raka’at Pertama:
Doa ‘Iftitah                                                  
Sūratul Fātihah                                                                    سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Āyatul Kursī (1,3,7,11,21 hingga 41 kali)                         آيَةُ الْكُـرْسِـىْ

Raka’at Kedua:
Sūratul Fātihah                                                                     سُورَةُ الْفَاتِحَةِ
Sūratul Ikhlās (1,3,7,11,21 hingga 41 kali)                  سُورَةُ ٱلاِخْلٰاصْ

Bacaan didalam sujud terakhir:
لَآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنّٖى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَۚ
Lā ilāha illā anta subānak(a), innī kuntu mina ālimīn(a).
Tidak ada Tuhan melainlan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. (40kali)

Selepas memberi salam, bacalah doa ini:
اَسْتَغْفِرُاللهَ، اَسْتَغْفِرُاللهَ، اَسْتَغْفِرُاللهَ اَلَّذِى لَااِلٰهَ اِلَّاهُوَالْحَىُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لَايَمْلِكَ لِنَفْسِهِ ضَرًّاوَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرًا. وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْاِثْمِ وَالْكَسَلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْمَاثَمِ وَالْمَغْمِ. اَلَّهُمَّ نَقِّنِى مِنْ خَطَايَايَ كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْاَبْيَضَ مِنَ الدَّنّسِ. اَللَّهُمَّ اِنِّى اَتُوْبُ اِلَيْكَ مِنْهَا لاَ اَرْجِعُ اِلَيْهَا اَبَدًا. اَللَّهُمَّ مَغْفِرَتُكَ اَوْسَعُ مِنْ ذُنُوْبِى وَرَحْمَتُكَ اَرْجَى عِنْدِىْ مِنْ عَمَلِى. اَللَّهُمَّ اَنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيْرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلاَّ اَنْتَ فَاغْفِرْلِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِى. اَللَّهُمَّ رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِى وَاغْسِلْ حَوْبَتِى وَاَجِبْ دَعْوَتِى، اِنَّكَ اَنْتَ الْغَفُوْرُالرَّحِيْمُ.
Astagfirullāhal’aim allāżī lāilāha illā huwalayyul qayyūmu wa atūbu ilaihi taubata ’abdin ālimi(n) lāyamlika linafsihi arān walā naf ’ān walā hayātān walā nusyūrā(n). Wa a’użubika minal imi walkasali wa’ażabilqabri wafitnatilqabri, Wa a’użubika minaami walmagm(i). Allahumma naqqinī min khaāyāya kama naqqaytaṡṡawbal abyaa minaddansi. Allahumma innī atubu ilayka minhā lā arji’u ilaihā abada(n). Allahumma magfiratuka awsa’u min żunūbī waramatuka arjī ‘indī min ‘amalī. Allahumma innī alamtu nafsī ulmān kaīrān wa lā yagfirużżunūba illā anta fagfirlī magfiratan min ’indika waramnī. Allahumma rabbi taqabbal tawbatī wagsil awbatī wa ajib da’watī, innaka antalgafuwrurraīm(a).
Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus. Aku bertaubat kepadaNYA selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan (di Padang Mahsyar kelak). Aku mohon perlindunganMU daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindunganMU daripada segala kesalahan dan hukuman.  Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU di atas segala dosaku, dan aku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! PengampunanMU adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunanMU terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.  Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Engkau; Maka berikanlah aku keampunanMU, kasihanilah aku.  Ya Allah, Ya Tuhanku!  Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!


v  Sunnah membaca Doa ’Iftitah pada raka’at pertama sebelum membaca Sūratul Fātihah.
v  Membaca surah selepas Sūratul Fātihah adalah sunnah, boleh baca mana-mana surah yang bersesuaian dan telah dikuasai dan dihafal.
v  Surah kedua yakni surah yang dibaca selepas Sūratul Fātihah boleh dibaca dengan bilangan ganjil iaitu 1,3,7,11,21 sehingga 41 kali, berdasarkan kemampuan.


وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


No comments:

Post a Comment