HTML/Protected

Right Click Disable

5C VS 5R


Rasullullah SAW bersabda yang bemaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” – HR Abu Asakir 


Dibawah ini terdapat apa yang dikatakan kategori 5C berdasarkan kelaziman kaum hawa didalam mencari lelaki idaman mereka.

C – Career (Kerjaya)

C – Cash (Wang Tunai)

C – Car (Kereta)

C – Condo (Kondo)

C – Credit Card (Kad Kredit)

Inilah 5C yang sering dicari oleh gadis-gadis zaman sekarang……cuba kita tengok kemana perkara ini akan membawa kita.

Career (Kerjaya)
Sebagai menampung keperluan hidup.

Cash (Wang Tunai)
Untuk perbelanjaan harian.

Car (Kereta)
Untuk pengangkutan harian.
Pembelian secara kadar bayaran ansuran (Hutang).

Condo (Kondo)
Untuk penginapan.
Pembelian dengan harga mewah dalam kadar ansuran (Hutang).

Credit Card (Kad Kredit)
Pembayaran cara mudah yang dibuat melalui pinjam bank.
Skim pakai dulu bayar kemudian (Hutang).


Tiga daripada perkara disebut berakhir dengan menanggung hutang…Bermakna, hasil gaji bulanan terpaksa diketepikan demi melangsaikan hutang. Untuk itu terpaksa juga bekerja lebih masa kerana ingin mendapat pendapatan lebih, dan juga bermakna terpaksa mengurangkan masa dengan keluarga.


Inikah yang anda inginkan dari seorang kekasih, tunang atau suami anda. Dimana kebahagian jika awal-awal sudah dibelit tali pingang hutang dan juga ketiadaan waktu untuk bersama


Ini pula kategori 5R yang sepatutnya dicari oleh kaum hawa dalam memilih lelaki idaman mereka.


R – Religion (Agama)

R – Responsible (Tanggungjawap) 

R – Respect (Hormat) 

R – Reliable (Boleh Diharap / Ringan Tulang) 

R – Romance (Penyayang)


Inilah yang sepatutnya dicari dalam diri seorang lelaki yang ingin kaum hawa menjadikan sebagai suami. Mari kita tengok pula kemana ia akan membawa kita.

R – Religion (Agama)
Dapatlah dia menjadi imam, pemimpin dan ketua dalam rumahtangga.
Dapat membimbing isteri dan anak-anak kejalan yang diredhai Allah.

R – Responsible (Tanggungjawap)
Dia mampu menjadi suami dan ayah yang dapat menyediakan keperluan kehidupan buat keluarganya disamping menjalankan tanggungjawapnya sebagai seorang umat Islam.

R – Respect (Hormat)
Seorang lelaki yang hormat pada orang tuanya akan      juga menghormati orang tua pasangannya. Dia yang menghormati adik beradiknya, akan menghormati pasangannya. Dia yang menghormati kaum kerabatnya, akan menghormati kaum kerabat pasangannya.

R – Reliable (Boleh Diharap / Ringan Tulang)
Dia yang boleh diharap oleh orang tuanya, dimana dia ringan tulang apabila diminta tolong, seorang yang rajin bekerja, membantu dalam urusan keperluan harian akan mampu membantu isteri dalam urusan dalam rumah termasuklah menguruskan dan menjaga anak-anak.

R – Romance (Penyayang)
Seorang lelaki yang penyayangi jika dia menyayangi orang tuanya, adik beradiknya, ambil berat tentang mereka disekelilingnya, maka dia juga akan menyayangi isteri dan anak-anaknya, akan memberi sepenuh tumpuan dan perhatian pada keluarganya. Dia juga tidak akan mengasari mereka walaupun dengan hanya kata-kata.


Rasullullah SAW bersabda:
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Berdasarkan hadith ini, untuk kaum adam selamat didunia dan akhirat maka diutamakan memilih kaum hawa yang beragama. Tapi ingatlah kaum adam, kalian juga perlu beragama untuk memimpin kaum hawa. Kerana, dia, kaum hawa tidak memikul dosa-dosa sang suami tapi sebaliknya, kelalaian kalian dalam membimbing akan menjerumuskan kalian keneraka bersama-sama dengan isteri-isteri kalian.

 

Daripada penulisan diatas, itu tidak bermakna kita menolak nikmat dunia tapi haruslah diimbangi dengan nilai-nilai keagamaan supaya kita tidak dilalaikan oleh dunia semata sehinggakan kita terlupa akan akhirat yang menanti kita. Keseimbangan itu perlu. Jadikanlah dunia ini tangga, batu loncatan buat kita menuju akhirat yang abadi kelak.


Nah, marilah kita tinjau, lelaki dari kategori manakah yang akan muslimah pilih…..Yang 5C kah? Atau…..Yang 5R kah?


Lelaki tak semuanya sama.. begitu juga dengan perempuan.. sebaik-baiknya perkara yang perlu dimulakan dahulu adalah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan jodoh yang terbaik dan beriman, InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment