HTML/Protected

Right Click Disable

Perkara Tentang Puasa



Hukum-Hukum Puasa
  1. Wajib
  2.  Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

     Wajib Puasa
    1. Puasa didalam bulan Ramadhan
    2. Qada’ puasa Ramadhan
    3. Puasa kaffarah
    4. Puasa nazar

    Sunat Puasa
    1. Puasa dalam bulan Sya’ban
    2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
    3. Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah
    4. Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
    5. Puasa pada hari Isnin & Khamis
    6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
    7. Puasa satu hari berbuka satu hari 
    8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak
    9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Dzulqa’idah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab

      Makruh Puasa
      1. Menentukan hari untuk berpuasa contoh  seperti Jumaat sahaja atau Sabtu dan Ahad sahaja
      2. Berpuasa sepanjang tahun

        Haram Puasa
        1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
        2. Puasa pada hari syak iaitu pada 30 Sya’aban
        3. Puasa pada Hari Raya AidilFitri, Hari Raya Aidil’Adha dan hari-hari Tasyrik
        4. Puasa perempuan haid & Nifas
        5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

          Syarat-syarat Puasa

          Terbahagi kepada 2 :

                                          i.            Syarat-syarat wajib
                                       ii.            Syarat-syarat sah

          Syarat wajib:

                                          i.            Islam
                                       ii.            Baligh
                                     iii.            Berakal
                                      iv.            Berupaya (sihat) 
                                        v.            Bermukim

          Syarat Sah:

                                          i.            Islam
                                       ii.            Niat
                                     iii.            Berakal
                                      iv.            Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari 


          Masa Puasa

          Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari (ketika matahari berada diufuk iaitu berada ditengah-tengah paras laut)


          Faedah Puasa
          1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
          2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
          3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
          4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah 
          5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
          6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
          7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
          8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

          Perkara yang wajib dilakukan, dizahirkan, 6 perkara
          1. Mengintip permulaan Ramadhan dengan dikatakan oleh seorang yang ‘adil
          2. Niat. Tak boleh tidak bagi tiap-tiap malam, berniat diwaktu malam (mubayyatah) yang tentu, lagi yakin
          3. Menahan diri daripada menyampaikan sesuatu kedalam rongga dengan sengaja
          4. Menahan diri daripada melakukan persetubuhan
          5. Menahan diri daripada mengeluarkan mani (al-istimna’)
          6. Menahan diri daripada mengeluarkan muntah dengan sengaja

          Perkara yang Sunat Dilakukan, 6 perkara
          1. Melambatkan bersahur
          2. Menyegerakan berbuka puasa dengan tamar (buah kurma) atau air sebelum sholat
          3. Meninggalkan menggosok gigi (bersugi) sesudah zawal (tergelincir matahari)
          4. Bermurah hati didalam bulan Ramadhan
          5. Bertadarus Al-Quran
          6. Ber-i’tikaf didalam masjid, lebih-lebih lagi pada 10 terakhir Ramadhan

          Perkara yang Makruh Dilakukan
          1. Berbekam
          2. Mengeluarkan darah
          3. Berkucup
          4. Merasa makanan
          5. Bersugi selepas gelincir matahari
          6. Mencium wangian

          Perkara yang Membatalkan
          1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga
          2. Makan dan minum
          3. Muntah
          4. Bersetubuh atau keluar mani
          5. Keluar darah haid & nifas
          6. Gila
          7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
          8. Murtad

          Perkara yang Mengharuskan Membatalkan Puasa
          1. Musafir 
          2. Sakit
          3. Ibu yang mengandung atau  yang menyusukan
          4. Keuzuran disebab usia atau kesihatan


          No comments:

          Post a Comment